Saturday, July 18, 2009

Kesukaran menghantar wang secara pos

Oleh kerana EON Bank tidak mempunyai banyak cawangan, kepada penderma (borang list yang diedarkan) boleh menggunakan khidmat kiriman wang pos dari pejabat pos yang berdekatan. Namun cara ini, EON bank lambat untuk mengupdate akaun Surau As_Syakirin.

Sebagai alternatif, dicadangkan penderma menggunakan perkhidmatan Bank Deraf sebagai ganti cek dari mana-mana bank tempatan dan seterusnya mengepos ke alamat Surau As-Syakirin.

Pada Bank Draf tuliskan SURAU AS-SYAKIRIN sebagai penerima dan poskan ke alamat Bendahari, Jawatankuasa Pembinaan Surau As-Syakirin, No 40 Jalan TPS 4/5, Taman Pelangi Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor. ( Sampul surat bersetem dan beralamat Surau As-Syakirin telah disediakan dalam set borang yang diposkan)

Untuk makluman penderma, alamat No 40 , Jalan TPS 4/5 adalah alamat rumah Pengerusi Jawatankuasa pembinaan Surau As-Syakirin yang menjadi alamat surat menyurat semua urusan AJK. Alamat ini akan di tukar sebaik sahaja surau As-Syakirin siap sepenuhnya dan mula beroperasi.

Sekian harap maklum.Terima kasih.

No comments:

Post a Comment