Sunday, July 12, 2009

Borang derma telah di pos

Mulai Jumaat 10 Julai, borang-borang memohon derma pembinaan surau As-Syakirin kepada pihak di luar komuniti telah mula di pos.

Kaedah pos adalah satu alternatif difikirkan AJK bagi memohon sumbangan derma dari pihak-pihak tertentu.

Seperti sasaran AJK pembinaan, sumbangan akan di pohon kepada
1. Penduduk Fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih ( ditetapkan satu rumah menyumbang RM100)
2. Sumbangan dari luar meliputi individu tertentu, tokoh korporat, pihak jabatan kerajaan dan swasta
3. Alternatif terakhir memohon sumbangan dari Lembaga Zakat Selangor

Sehubungan itu AJK pembinaan surau As-Syakirin amat mengalu-alukan sumbangan dari sesiapa sahaja. Di atas sumbangan yang diberikan AJK, mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga.

No comments:

Post a Comment