Saturday, July 18, 2009

Mula pembinaan

Kita akan memulakan pembinaan sebaik sahaja dana mencapai RM100,000. Sehubungan itu kepada penduduk yang masih belum membuat sumbangan, diharap segera bertindak. Marilah kita bekerjasama berganding bahu sama-sama memikul tanggungjawab membina surau di komuniti kita. Telah siap nanti sama-sama kita memakmurkannya. Kita jadikannya sebagai tempat memupuk perpaduan sesama ahli komuniti.

Derma semasa cuma berjumlah sekitar RM22,000 iaitu lebihkurang RM80,000 lagi untuk jumlah memulakan proses pembinaan.

Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.
Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat.

Kepada penderma-penderma dari luar komuniti ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga atas bantuan tuan/puan bagi membantu kami menjayakan proses pembinaan Surau As-Syakirin.

No comments:

Post a Comment