Berikut tindakan-tindakan yang telah dan akan diambil AJK berserta status semasa:
# Buat kertas kerja permohonan mewarta tanah dari MPKJ dan permohonan bina surau dari Jabatan Agama Islam Selangor
# Mesyuarat AJK penaja kali pertama.
# Dapatkan maklumat prosedur permohonan bina surau dari JAIS
# Dapatkan dokumen permohonan bina surau dari JAIS
# Dapatkan senarai nama AJK pembinaan surau
# Lengkapkan dokumen permohonan bina surau
# Dapatkan sokongan Orang Besar Jajahan, Nazir masjid, Ketua kampung, ADUN dan Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Hulu Langat.
# Hantar permohonan bina surau ke JAIS
# Terima surat jawapan dari JAIS memaklumkan akan bawa dalam mesyuarat-tersalah alamat
#Tulis surat kepada JAIS membetulkan alamat surat-menyurat
#Terima jawapan dari Mpkj mengesahkan status tapak surau
#Terima surat kebenaran membina surau dari JAIS
#Mesyuarat AJK kali kedua
# Menempah dan mendirikan papan tanda tapak surau as-Syakirin
#Dapatkan dokumen memohon kutipan dana pembinaan
# Berhubung dengan Maybank prosedur pembukaan akaun
# Sediakan surat sokongan buka akaun dengan Maybank
# Hantar surat mohon sokongan buka akaun dari JAIS dan Pejabat Agama Islam Hulu Langat
# Terima surat sokongan buka akaun dari JAIS dan Pejabat Agama Islam Hulu Langat
# Mesyuarat AJK Penaja kali ketiga
# Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari ke Maybank membuka akaun
( Dokumen tidak lengkap.Ditolak.Maybank minta dalam surat sokongan buka akaun ada nama
pengerusi,setiausaha dan bendahari )
# Pengerusi,Setiuasaha dan Bendahari membuka akaun di EON Bank - siap
# Mesyuarat AJK kali keempat - membincangkan plan pembinaan dan pengisian dokumen
mohon kutip derma. Tertangguh kerana AJK pemungut derma perlu beralamat Selangor pada kad pengenalan. Taklimat pembinaan perlu dibuat kepada penduduk untuk mencari AJK ini.
# Edar surat taklimat pembinaan surau kepada penduduk
# Lancar taklimat pembinaan surau kepada penduduk
# Surat mohon sumbangan dari penduduk mula diedar
# Mesyuarat AJK kali kelima -memproses dokumen mohon kelulusan pungut derma
# Submit dokumen permohonan memungut derma kepada JAIS
# Terima surat kelulusan kutipan derma dari Majlis Agama Islam Selangor
# Bawa 1000 helai borang list derma ke MAIS untuk dicop rasmi logo MAIS
# Mesyuarat AJK kali ke enam - edaran list derma kepada AJK
# Putuskan saiz binaan muktamad dan cari arkitek pelukis pelan binaan
# Pelan sudah siap
* Mendapatkan kos sebenar pembinaan dari kontraktor
* Submit pelan ke MPKj
* Lantik consultan perancangan projek untuk submit cadangan pembangunan ke MPkj
* Proses memohon derma ( Tempoh masa : 1 Julai 2009- 1 Dis 2009 )
* Audit kutipan derma berakhir pada 1 Disember 2009
* Hantar laporan bertulis kutipan derma kepada Majlis Agama Islam Selangor untuk di audit
* Terima surat kebenaran merancang cadangan pembangunan Surau dari MPKj
* Tender terbuka kepada kontraktor pembinaan
* AJK Memilik kontraktor yang layak
* Memaklumkan kepada kontraktor yang terpilih. Perbincangan dengan AJK.
//Sekiranya kutipan dana mencukupi, proses langkah seterusnya.
//Sekiranya kutipan dana tidak mencukupi- proses pembinaan akan dilaksanakan mengikut kemampuan kewangan semasa.
* Mohon pengesahan arah kiblat dari Jabatan Mufti
* Kontraktor cari surveyor berlesen untuk kerja trabas ukur tanah kawasan surau dan arah kiblat
* Pegawai-pegawai dari Jabatan Mufti datang ke tapak surau untuk mengesah arah kiblat bersama surveyor dilantik
* Terima sijil pengesahan arah kiblat dari Jabatan Mufti
* Pembinaan bermula-kerja-kerja footing
* Pemantauan pembinaan oleh AJK
* Permohonan bekalan air
* Bayaran status kemajuan kerja 15% pertama,15% kedua,15% ketiga, 15% keempat,15%keenam, 10% ketujuh ( Bayar sehingga 95% )
//Projek terbengkalai? kerana dana tidak cukup.
* Mohon bantuan kewangan dari Lembaga Zakat Selangor setelah pembangunan berstatus 50% siap ( Sekiranya dana tidak cukup)
* Rayuan derma menyiapkan pembinaan terbengkalai. Jika ada.
* Kerja-kerja pendawaian elektrik
* Permohonan penyambungan bekalan elektrik kepada TNB
* Penyerahan bangunan siap oleh kontraktor
* Tiada kecacatan bangunan - Bayar 15% terakhir
* Mohon karpet ruang solat dari Baitul Mal
* Mesyuarat AJK
* Kerja-kerja lanskap , tanam rumput, interpaving locking
* Pemasangan pagar jika perlu
* Gotong royong pembersihan surau dan kawasannya
* Surau pertama kali digunakan - doa selamat
* Merancang majlis perasmian surau ( cadangan: Pengarah MAIS, JAIS atau Dato Mufti )
Ada yang tertinggal? mohon penduduk beri cadangan.
SIMBOL:
# sudah laksana dan selesai
* Belum laksana
No comments:
Post a Comment