Sedap sungguh lirik lagu bertema Islam oleh kumpulan nasyid dari Indonesia
Lebih kurang bunyinya
Berbuat baik janganlah tertunda-tunda (2X)
Memberi makan fakir miskin anak yatim dan... (tak ingat la pulak)
Bersolat fardu janganlah tertunda-tunda (2X)
Dari Subuh sampai Asar dari Asar Sampai Maghrib
Dari Maghrib sampai Isya dari Isya sampai Subuh..
Kepada penduduk hayatilah lirik ini dengan penuh keinsafan.
Derma yang kita beri adalah satu pengorbanan kepada agama kita. Janganlah terlalu berkira berbanding dengan komitmen kewangaan kita yang lain. Kita tidak berkira untuk membuat renovation rumah sehingga puluhan ribu banyaknya, membayar bil astro secara tetap setiap bulan, mengubahsuai kenderaan, bermewah menjamu selera di restoran-restoran mahal dan banyak perkara lain lagi yang kita tidak berkira sangat jika duit kita habis kerananya.
Pejam mata tuan-tuan..Nekad...dan terus beri sumbangan kepada tabung pembinaan surau As-Syakirin. Jangan fikir sangat berapa banyak yang tuan-tuan perlu sumbangkan. Sekali sahaja, sepanjang kita menetap di Fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih ini.
No comments:
Post a Comment