Saturday, July 11, 2009

Berita terkini

Dimaklumkan satu syarikat telah bersetuju menyediakan pelan binaan surau secara percuma. Malah syarikat tersebut juga bersetuju pada dasarnya untuk membina surau tersebut. Namun AJK akan membuat open tender untuk projek pembinaan surau ini. Syarikat yang memberi kos yang kompetitif dengan jaminan kualiti pembinaan akan diberikan projek ini.

Untuk makluman penduduk juga saiz awal pembinaan surau adalah 40X70 kaki persegi dengan anggaran kos sekitar RM300,000. Memandangkan AJK bimbang sumbangan penduduk dan penderma-penderma dari pihak luar komuniti gagal mencapai sasaran, AJK telah mengubah sais kepada lebih kecil sedikit iaitu sais binaan 50 X 50 kaki persegi dan saiz dewan solat 30 X 40 kaki persegi. Anggaran kos tidak diketahui selagi pelan binaan dan pelan struktur binaan belum siap. Dijangka pelan tersebut akan siap pada mingu ini.

Sehubungan itu kepada penduduk Fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih, segeralah menyumbang supaya dana kita mencapai sasaran secukupnya.

Semua usaha kita sia-sia tanpa dana yang mencukupi.

No comments:

Post a Comment