Monday, July 6, 2009

Mohon bantuan Pusat Zakat

Ada penduduk mencadangkan supaya memohon bantuan dari Lembaga Zakat Selangor.

Untuk makluman penduduk, memohon bantuan dari Lembaga Zakat Selangor adalah alternatif terakhir AJK. Perlu difahami bahawa Lembaga Zakat Selangor hanya akan memberi bantuan kewangan apabila pembinaan surau telah dilaksanakan sekurang-kurangnya 50%. Selain itu jumlah maksima yang ditetapkan berjumlah RM50,000. Lazimnya pegawai dari Lembaga Zakat Selangor akan membuat lawatan tapak selain mengambil foto untuk mengesahkan status kemajuan pembinaan surau sebelum bantuan dapat diberikan.

Bantuan dari Baitulmal pula lebih menjurus kepada pemasangan karpet dewan solat.

Logiknya lebih cepat dana terkumpul, lebih cepat pula surau yang kita impikan siap terbina untuk digunakan. Sehubungan itu kepada penduduk yang masih belum membuat sumbangan, komitmen tuan/puan amat diperlukan.

Sekian untuk makluman penduduk.Terima kasih.

No comments:

Post a Comment