Saturday, August 21, 2010

Penyata ogos 2010




Data di atas sudah salah. Data yang sudah diperbetulkan telah ditampal di papan kenyataan surau.

Penyata Jun- julai 2009

Penyata Mei 2009

Penyata Jun 2009


Penyata Julai 2009




Tadarus


Thursday, August 19, 2010

penyata kewangan Jun 2009


Laman web Surau As-Syumul

http://syumul.com

Portal assyakirin-tps.org akan menjadi seperti di atas jika hendak dibina. Tapi kena keluarkan sedikit kos iaitu sewa webhosting RM100 dan sewa domain name RM40 . Jumlah RM140 setahun.

Friday, August 13, 2010

Kualiti pembinaan Surau As-Syakirin

Pembinaan surau as-Syakirin dipantau oleh penulis blog dari masa ke semasa. Puashati melihat kontraktor melaksanakan kerja pembinaannya. Kualiti binaan surau ini nampaknya dijaga dengan baik oleh syarikat AZ Asia Enterprise.

Bermula dengan pertapakan bangunan iaitu membina footing, stam, groundbeam, tiang konkrit,intermediate groundbeam dan top beam, penulis blog dapat melihat sendiri betapa jaminan kualiti dijaga dengan sebaik mungkin oleh kontraktor.

Begitu juga dengan pembinaan seterusnya sehinggalah surau ini siap 100% kualiti pembinaan tetap diambil berat oleh mereka.

Secara peribadi penulis blog mengucapkan terima kasih dan mengucapkan tahniah kepada En Azman yang merupakan penyelia projek pembinaan surau as-Syakirin. Tidak lupa kepada En Zakri pengurus syarikat AZ Asia Enterprise dan juga arkitex yang bertanggungjawab menyediakan pelan binaan surau ini iaitu en Nix daripada Arkitex Lakareqa.

Penulis blog turut ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pekerja yang terlibat. En Abu, Pak An, Hj Hairi, Wak Mustakim, En Hadi dan lain-lain yang penulis blog tidak ingat nama mereka.

Wednesday, August 11, 2010

Terima kasih kepada penyumbang set PA System

Jawatankuasa pengurusan surau As-Syakirin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seorang penduduk yang telah menyumbangkan set PA system surau as-Syakirin terdiri daripada

1 unit amplifier
1 unit mixer
2 unit hon speaker
2 unit box speaker besar
2 unit box speaker kecil

Namun pada malam ini ada sedikit gangguan teknikal kerana PA system ini tidak berbunyi pula. Nampak ia masih belum stabil. Termaklum masih baru dan sistem operasinya belum cukup difahami.

Sehubungan itu set PA system yang dipinjam daripada Surau As-Syumul Seksyen 1 Bandar Rinching nampaknya bolehlah dipulangkan semula.