Friday, August 13, 2010

Kualiti pembinaan Surau As-Syakirin

Pembinaan surau as-Syakirin dipantau oleh penulis blog dari masa ke semasa. Puashati melihat kontraktor melaksanakan kerja pembinaannya. Kualiti binaan surau ini nampaknya dijaga dengan baik oleh syarikat AZ Asia Enterprise.

Bermula dengan pertapakan bangunan iaitu membina footing, stam, groundbeam, tiang konkrit,intermediate groundbeam dan top beam, penulis blog dapat melihat sendiri betapa jaminan kualiti dijaga dengan sebaik mungkin oleh kontraktor.

Begitu juga dengan pembinaan seterusnya sehinggalah surau ini siap 100% kualiti pembinaan tetap diambil berat oleh mereka.

Secara peribadi penulis blog mengucapkan terima kasih dan mengucapkan tahniah kepada En Azman yang merupakan penyelia projek pembinaan surau as-Syakirin. Tidak lupa kepada En Zakri pengurus syarikat AZ Asia Enterprise dan juga arkitex yang bertanggungjawab menyediakan pelan binaan surau ini iaitu en Nix daripada Arkitex Lakareqa.

Penulis blog turut ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pekerja yang terlibat. En Abu, Pak An, Hj Hairi, Wak Mustakim, En Hadi dan lain-lain yang penulis blog tidak ingat nama mereka.

No comments:

Post a Comment