Monday, August 10, 2009

Sumbangan bahan binaan

Seorang penduduk telah berjumpa dengan penulis blog. Beliau ingin memberi sumbangan dalam bentuk bahan binaan. Beliau ingin menyumbang batu-bata sebanyak 5 palet atau 500 biji.

Untuk makluman penduduk, sumbangan dalam bentuk bahan binaan juga diterima. Namun buat ketika ini, sumbangan lebih menjurus dalam bentuk wang sahaja.

Jadi kepada penduduk yang ingin menyumbang dalam bentuk bahan binaan, turut dialu-alukan. Namun sumbangan tuan/puan hanya diterima sebaik sahaja pembinaan surau dimulakan.

Jika penduduk ingin menyumbang bahan binaan dalam tempoh terdekat, kemungkinan AJK akan membuat surat akujanji dari penduduk,untuk membekalkan bahan binaan tersebut apabila pembinaan bakal dimulakan.

AJK akan berbincang dengan kontraktor dilantik bagi menurunkan kos binaan atau dalam ertikata lain menolak kos bahan binaan yang disumbangkan penduduk.

Antara bahan binaan yang penduduk boleh sumbangkan seperti:

1. Batu bata simen
2. Simen
3. Pasir
4. Batu kerikil
5. Kayu beroti
6. Plywood
7. Atap genting
8. Cat

Penduduk perlu dapatkan spesifikasi bahan dari AJK pembinaan supaya jenis bahan adalah sama seperti dalam tender dengan kontraktor.

No comments:

Post a Comment