Friday, August 21, 2009

Mahu surau atau tidak?

Melalui sesi taklimat pembinaan surau yang dibuat beberapa bulan yang lalu, pengerusi telah menimbulkan isu untuk difikirkan penduduk. Mahu surau, atau tidak mahu surau dibangunkan di tapak yang telah diwartakan tersebut atau tapak tersebut dibiarkan kosong selama-lamanya.

Kepada persoalan ini, penduduk dimohon supaya tidak memberikan jawapan berkecuali. Atau tidak mahu mengambil bahagian dan peranan. Jawapannya hanya satu. Jika mahu, penduduk dimohon memberikan komitmen sumbangan mengisi dana tabung pembinaan. Jika penduduk tidak mahu, tidak mengapa. AJK tidak akan memaksa penduduk untuk menyokong cadangan membangunkan Surau As-Syakirin tersebut dan seterusnya memberi komitmen sumbangan.

Namun AJK berpendapat, jika ramai penduduk mengambil sikap tunggu dan lihat sahaja, pastinya pembinaan Surau As-Syakirin tidak akan menjadi kenyataan.

Kepada penderma-penderma yang telah menderma, wang sumbangan tuan-puan akan dipulangkan kembali jika pembinaan ini dibatalkan.

Namun AJK Pembinaan Surau As-Syakirin komited untuk meneruskan pembinaan sehingga dana diperolehi mencukupi untuk memulakan sekurang-kurangnya 50 peratus asas bangunan.

No comments:

Post a Comment