Sunday, August 30, 2009

Berita terkini dari YB Tuan Johan b Aziz

Seminggu sebelum Ramadhan, Pengerusi telah memaklumkan penulis bahawa YB Tuan Johan b Aziz ADUN Semenyih telah menelefon beliau mengesyorkan supaya AJK menghantar pelan binaan surau kepada Majlis Perbandaran Kajang untuk tujuan kelulusan.

YB Tuan Johan akan membawa draf cadangan pembangunan Surau As-Syakirin yang telah diluluskan MPkj untuk memohon dana penuh dari kerajaan. Mengikut YB sekiranya dana tersebut dapat, wang sumbangan yang telah berjaya dikumpul digunakan untuk pembangunan pada masa hadapan.

Namun AJK berpendapat, usaha memohon sumbangan perlu diteruskan kerana keputusan sama ada YB Tuan Johan b. Aziz berjaya mendapatkan dana tersebut menjadi realiti atau sebaliknya tidak dapat dipastikan.

Status terkini :

Draf cadangan pembangunan masih belum dihantar ke MPKj.
Untuk makluman penduduk, draf ini sengaja tidak dihantar ke MPKj kerana jumlah dana terkumpul masih kecil. Pembinaan tidak dapat dimulakan selagi jumlah dana tidak menghampiri RM100 ribu.

Sebelum ini AJK telah menghubungi Jabatan Mufti Selangor untuk mendapatkan makluman permohonan pengesahan arah kiblat. Pegawai dari Jabatan Mufti mengesyorkan AJK menangguhkan dulu permohonan sehingga jumlah dana terkumpul agak sesuai. Yakni apabila dana minimum mencukupi untuk memulakan pembinaan, AJK akan membuat permohonan kepada Jabatan Mufti.

Berikutan mesyuarat pada 1 Ramahan jam 9:00 malam tertangguh kerana penduduk mula berpuasa dan bersolat tarawikh, satu mesyuarat akan dilaksanakan pada hari Ahad dalam bulan Ramadhan ini jam 10 pagi ( Ahad 6 Sepetember 2009 )bagi membincangkan saranan YB Tuan Johan b Aziz.

Sekian untuk makluman penduduk.

No comments:

Post a Comment