Monday, August 10, 2009

Hasil perbincangan dengan YB Tuan Johan b Aziz

Hasil pertemuan dengan YB Tuan Johan b Aziz ADUN Semenyih, YB memaklumkan pada masa yang sama Masjid Bandar Rinching juga sedang dalam permohonan kepada beliau untuk memohon dana pembinaan dari kerajaan pusat.Masjid Bandar Rinching ini berharga sekitar 5 juta.

Namun YB memaklumkan beliau akan cuba membawa permohonan Surau As-Syakirin untuk mendapatkan dana pembinaan dari Jabatan Perdana Menteri. YB juga memaklumkan biasanya minimum dana yang akan diberikan lebihkurang RM20 ribu. Beliau berharap JPM akan memberi terus jumlah sepenuhnya kos sebenar pembinaan Surau As-Syakirin. AJK berharap semua penduduk mendoakan supaya hal ini akan menjadi kenyataan.

Namun dalam masa yang sama, penduduk yang masih belum menyumbang diharap dapat memberikan kerjasama kepada AJK dengan terus menunjukkan komitmen dan melibatkan diri memberi sumbangan dana pembinaan Surau As-Syakirin. AJK telah membuat perkiraan sekiranya semua penduduk memberikan komitmen sumbangan, RM100 ribu akan berjaya dikumpul dan pembinaan sedia dimulakan.

Melalui strategi AJK, pembinaan akan dibuat sehingga bernilai RM100 ribu mengikut dana semasa yang berjaya dikumpulkan. Apabila dana pembinaan semasa habis digunakan, AJK akan mengambil gambar bangunan yang tertangguh pembinaannya tersebut dan seterusnya membuat permohonan sumbangan dari pihak berwajib atau mana-mana penderma budiman yang lain.

No comments:

Post a Comment