Monday, August 30, 2010

4 cek dikeluarkan hari ini


Cek bernombor 00056 dibayar kepada Tn Hj Raja Zazman untuk mengganti semula bayaran memasang tarmac di sudut kiri halaman surau.


Cek bernombor 00057 dibayar kepada En Abas untuk bayaran baki pembinaan tandas. Baki bayaran sebanyak RM1600 ditahan kerana beliau masih belum membetulkan tangki septik yang dipasang senget.


Cek bernombor 000058 dibayar kepada YB Tuan Johan b Aziz . YB memaklumkan daripada sumbangan sebanyak RM5000 oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan , sejumlah RM2000 hendaklah diberi kepada beliau semula. Ini berikutan YB telah mendahulukan wang beliau sebanyak RM10,000 untuk memasang tarmac di halaman surau. Cek peruntukan Jabatan Pembangunan Persekutuan ini telah dibank in oleh penulis blog pada 11 Ogos 2010 dan ianya masih belum disahkan kerana penulis blog belum menerima penyata bank berakhir 31 Ogos 2010.



Cek bernombor 000059 dibayar kepada En Mohd Bilal bin Jusoh untuk belanja jamuan moreh. Petang tadi penulis blog telah menerima cek berjumlah RM300 daripada Kerajaan negeri Selangor sebagai sumbangan jamuan moreh Ramadhan.Cek ini juga telah dibank in oleh penulis blog petang tadi.

Jumlah semua wang dana surau yang dikeluarkan hari ini adalah RM5800. Setiap satu cek ini akan dikenakan caj oleh bank dengan setiap satu sebanyak RM2.00

Jadi sekarang tidak berbangkit penulis blog menyekat wang dana surau daripada dibelanjakan. Sudah habis wang dana surau nanti senanglah sikit kerja penulis blog. Tiada duit hendak diurus.

No comments:

Post a Comment