Tuesday, August 3, 2010

Pencarian dana untuk membina kemudahan surau diteruskan

Baru petang tadi penulis blog sudah bertanya pekerja yang membina tandas sementara surau adakah mereka berkemampuan membina bangunan kemudahan surau.

Mereka menyatakan boleh.

Lansung penulis blog meminta mereka memberi sebutharga beberapakah harga yang mereka boleh tawarkan untuk membina bangunan tersebut.

Tapi kali ini penulis blog tidak akan berusaha mencari dananya lagi. Kali ini penulis blog hanya akan bertindak sebagai bendahari sahaja. Terima wang derma, rekodkan dan keluarkan semula untuk buat bayaran dan seterusnya sediakan penyata kewangan.

Jika dana gagal dicari dan dikumpul secukupnya, maka tandas sementara yang dibina akhirnya akan menjadi tandas kekal.  Selain tiada tandas yang selesa, tiada juga kolah wuduq, setor, dapur, ruang kerja, bilik mandi jenazah dan teres atau tempat parking van jenazah.

Jika tempat mengurus jenazah ini tidak dapat dibuat, AJK surau ini perlu menempah troli jenazah yang anggaran kosnya barangkali sehingga RM3000. Troli ini jenis stainless steel tahan karat dan beroda supaya ia senang ditolak ke rumah penduduk yang memerlukan.

No comments:

Post a Comment