Jamuan yang disediakan hanya ala kadar sahaja. Mungkin nasi lemak dan air teh bujang sahaja. Guna pula cawan dan bekas polisteren sebab surau belum ada kelengkapan lagi.
Seminggu sebelum tarikh pembukaan dan penggunaan surau untuk buat pertama kalinya, AJK akan mengedarkan surat pemberitahuan kepada semua penduduk supaya dapat hadir dan turut serta dalam program.
Tempoh sebulan surau mesti siap sebelum Ramadhan juga bertujuan supaya AJK dapat membuat persiapan secukupnya untuk menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak yang ditunggu-tunggu. Antara tindakan yang perlu dibincang iaitu:
- Mengenalpasti imam,bilal dan siak bertugas yang akan dibuat secara giliran
- Melantik petugas-petugas lain pada bulan Ramadhan seperti penyedia air minuman semasa moreh
- Merancang aktiviti sepanjang bulan Ramadhan , Solat tarawikh, moreh dan tadarus Al Quran
- Sambutan Nuzul Al-Quran- Pengisian seperti majlis berbuka bersama dan petangnya ada tazkirah Ramadhan
- Merancang tindakan membuat kelengkapan surau iaitu pembinaan tandas, bilik wuduq wanita dll yang berkaitan
- Merancang tindakan untuk membuat gotong-royong membersihkan surau dan kawasannya
No comments:
Post a Comment