Seperti dimaklumkan AJK sudah membayar kontraktor sebanyak RM121,000 namun suraunya masih belum boleh digunakan kerana bumbung surau masih belum dipasang.
Hari Jumaat baru-baru ini pekerja kerja spearuh hari sahaja. Hari Sabtu tiada pula mereka bekerja. Hari Ahad cuti.
Penulis blog akan melihat situasinya pada besok hari sama ada pekerja ada bekerja atau tidak.
Tidak bekerja bermakna pembinaan akan delay atau lewat untuk disiapkan. Lewat sehari , dua hari , tiga hari dan seterusnya amat merugikan daripada segi masa. Sebelum ini pembangunan surau sudah tertangguh 3 minggu atas sebab teknikal.
Jadi AJK amat berharap supaya kontraktor dapat memastikan pembinaan bumbung surau dapat disiapkan dalam tempoh terdekat ini. Mengikut En Azman rangka bumbung boleh disiapkan dalam masa 5 hari. Setakat ini rangka bumbung untuk beranda sudah siap kesemuanya. Cuma yang tinggal adalah rangka bumbung ruang solat di bahagian tengah. Ruang ini agak tinggi. Lebih kurang 20 kaki daripada aras tanah.
Membina rangka bumbung ruang solat bahagian tengah adalah kerja paling susah dan kritikal. Pembinaan rangka bumbung dan pemasangan atap genting simen bagi ruang solat bahagian tengah ini adalah faktor kejayaan pembangunan surau ini. Surau siap atau terbengkalai.
Penulis juga sudah menjelaskan kegagalan surau ini dibangunkan bukan terletak di bahu AJK. Semua AJK sudah memainkan peranan mengurus dan mencari dana. Kini semua wang sudah ada dan cukup untuk membayar kos pembinaan projek sehingga siap iaitu sebanyak RM196,500.
Kegagalan memastikan surau ini berjaya disiapkan adalah terletak dibahu kontraktor. Ia tidak ada kena mengena dengan AJK . Tugas AJK hanya membuat bayaran sahaja.
Nota :
Pembinaan surau bermula pada 12 Disember 2009
Hari ini 16 Mei 2010
Ini bermaksud tempoh pembinaan sudah berjalan selama 5 bulan
Tempoh jangkaan siap 12 Jun 2010 iaitu 6 bulan
Ramadhan 2010 pada Ogos ini surau akan digunakan secara rasminya.
No comments:
Post a Comment