Tuesday, May 11, 2010

Alhamdulillah..peruntukan daripada LZS sudah diterima

Pagi tadi penulis blog telah dihubungi oleh pengerusi yang ketika itu sedang berada di ibupejabat Lembaga Zakat Selangor di Shah Alam. Mengikut Tn Hj Raja Zazman, LZS sudah menyerahkan cek RM40,000 tersebut kepada beliau.

Balik daripada Shah Alam Tn Hj Raja Zazman singgah di EON Bank Semenyih Sentral untuk mendeposit cek tersebut ke akaun SURAU AS-SYAKIRIN dengan nombor akaun : 0675-11-000-223-3.

Sebelun ini penulis blog dimaklumkan oleh pekerja-pekerja pembinaan surau pada minggu lepas seorang individu sibuk mengambil gambar surau daripada pelbagai sudut. Oleh kerana tiada mana-mana AJK berada di tapak surau pada andaian penulis blog yang mengambil gambar tersebut adalah pegawai teknikal Lembaga Zakat Selangor daerah di Pekan Kajang.

Ini berikutan sebelum meluluskan pembayaran, LZS akan menghantar pegawai teknikal mereka bagi mengesahkan status pembinaan sudah mencapai tahap 70% siap.

Berikutan peruntukan sudah diterima penulis blog berasa teramat lega. Kini usaha adalah untuk mencari baki dana yang berbaki lebih kurang RM2000 sahaja lagi.

No comments:

Post a Comment