Tuesday, November 3, 2009

Temujanji dengan kontraktor


Kelihatan Tn Hj Raja Zazman (Pengerusi) En Azwan (Setiausaha) dan En Zakri (Kontrator AZ Asia Enterprise).


En Zakri wakil Kontraktor AZ Asia Enterprise, En Nik, Arkitek Lakareqa dan En Idzam, Juru ukur sedang membaca pelan binaan surau di tapak Surau As-Syakirin. Turut kelihatan Tn Hj Raja Zazman Raja Hasan, Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Surau As-Syakirin.

Sunday, November 1, 2009

Arah kiblat












Tiga hari sebelum hari ini pegawai daripada Jabatan Mufti Negeri Selangor memaklumkan mereka akan turun ke tapak surau untuk melakukan prosedur mencari arah kiblat. Pegawai tersebut juga meminta AJk menyediakan bahan-bahan asas iaitu kayu beroti, benang, cat dan paku. Berikutan pada hari pegawai ini datang penulis blog bekerja, penulis blog memohon AJK yang mempunyai masa luang supaya berada sama di tapak surau semasa pegawai jabatan mufti datang.

Foto: Pegawai dari Jabatan Mufti Negeri Selangor sedang melakukan prosedur mencari arah kiblat. AJK yang hadir di lokasi adalah Tn Hj Abdul Halim dan Tn Hj Razak.

Penderma mahu surau dibangunkan

AJK masih kekurangan dana untuk membangunkan surau As-Syakirin. Kepada penduduk penulis blog cuba meminta pendapat mereka bagaimana jika AJK membatalkan hasrat membina surau As-Syakirin dan wang derma yang mereka berikan dipulangkan kembali..

Inilah pandangan beberapa orang penduduk yang penulis blog telah minta. Mereka tidak mahu wang sumbangan mereka dikembalikan. Mereka mahu wang tersebut digunakan untuk membina surau As-Syakirin. Ada pula penderma sudah memberi sumbangan dengan niat mewakafkan harta mereka. Niat wakaf tersebut perlu disempurnakan. Niat itu tidak boleh ditarik balik. Barangkali ada juga yang berniat nazar. Nazar wajib pula dipatuhi. Berdosa jika nazar kita tidak dilaksanakan.

Kepada penderma, InsyaAllah niat tuan/puan akan menjadi kenyataan. AJK pasti akan membinanya melainkan Tuhan Pencipta Sekalian Alam, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dan Yang Maha Esa tidak mengizinkan. Kita akan redha.

Aktiviti hari ini

Antara aktiviti AJK hari ini:

1. Penyerahan surat tawaran tender kepada kontraktor ( En Zakri )
2. Tandatangan perjanjian antara AJK dan kontraktor

Turut hadir di rumah pengerusi dan di lokasi tapak surau adalah:

1. En Nik - arkitek Lakareqa - penyedia pelan binaan dan pelan struktur
2. Surveyor/perunding ukur Setara Alam-Izam Ibrahim

AJK yang hadir:
1. Pengerusi Tn Hj Raja Zazman
2. Setiausaha En Azwan
3. Bendahari-penulis blog

Penduduk yang dijemput hadir sama
1. En. Nasri - staf TNB Bangi

Mesyuarat AJK kali ke 10

Kepada semua AJK tuan-tuan dijemput hadir ke mesyuarat yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: Isnin 3 Nov 2009
Masa: 9:00 malam
Tempat: rumah pengerusi

Sekian dimaklumkan. Dimohon supaya semua AJK tidak menguzurkan diri. Sila maklumkan jika tidak dapat hadir.

Teruskan memberi sumbangan

AJK berharap penderma-penderma budiman akan terus menderma bagi menambah dana pembinaan surau As-Syakirin.

Dalam tempoh seminggu selepas mesyuarat sebelum ini lebih kurang RM1000 kutipan dari penderma berjaya diperolehi.Hari ini pula seorang penderma telah menyumbang RM3000. Ini menjadikan dana terkumpul setakat ini berjumlah kira-kira RM75000.

Harga surau yang dibangunkan adalah Rm196,500. Fokus AJK sekarang adalah menyiapkan bangunan surau terlebih dahulu. Bilik wuduq dan bilik air akan dibuat kemudian.Jumlah yang masih tidak cukup adalah dalam lingkungan RM120,000 lagi.

Penderma-penderma boleh membuat sumbangan derma dalam bentuk:
1. Wang tunai
2. Cek
3. Wang pos atau kiriman wang pos

Cara menyumbang:
1. Hantar sendiri secara tunai kepada bendahri atau mana-mana AJK
2. Poskan ke alamat surau as-syakirin iaitu Surau As-Syakirin d/a No 40 Jalan TPS 4/5 Taman Pelangi Semenyih,43500 Semenyih, Selangor
3. Terus kredit ke akaun SURAU AS-SYAKIRIN no akaun : 0675-11-000223-3 di EON Bank
4. Melalui transaksi perbankan internet di http://www.maybank2u.com.my/ , http://www.cimbclicks.com.my/ atau dari mana-mana perbankan internet bank tempatan.

Serahkan slip bank atau sebarang bukti sumbangan untuk tujuan pengeluaran resit rasmi.

New entry

1. Berita baik. Jumlah sumbangan telah dikurangkan. Klik sini..
2. Arah kiblat
3. Keuntungan berganda.
4.

Saturday, October 31, 2009

Solat sunat Aidiladha pada hari raya haji

AJK akan menganjurkan solat sunat Aidiladha di tapak surau As-Syakirin pada Hari Raya Haji ini nanti. Wah! begitu canggih. Tidak pernah dibuat orang solat aidiladha di padang. Di Indonesia atau negara Islam yang lain, solat di padang telah menjadi perkara biasa. Adakah AJK surau As-Syakirin akan memecah rekod. Mengikut kata guru agama, berdoa dengan tiada hijab akan termakbul. Bersolat di padang bermakna tiada hijap. Doa kita terus diangkat ke langit. Tetapi barangkali sukar dibuat kerana jika hujan, jemaah habis basah. Atau boleh juga pasang khemah.

Namun ini cuma cadangan penulis blog sahaja. Idea ini penulis blog akan maklumkan AJK yang lain. Jika mereka setuju, kita akan buat..

Penduduk akan membawa alas tikar serta sejadah sendiri. Semua penduduk diminta membawa semua ahli keluarga termasuk anak-anak yang masih kecil. Kita akan bersolat sewal jam 8:30 pagi untuk mengelak cuaca panas. AJK pula akan datang seawal jam 7:00 bagi melafazkan takbir.

Tiada upacara korban dilakukan...barangkali penduduk hanya perlu 'berkorban' dengan segera menyumbang mengisi dana pembinaan surau As-Syakirin.

Jika hujan rancangan ini dibatalkan dan penduduk perlu segera ke masjid dan surau terdekat yang menganjurkan solat sunat aidiladha.

Jika jadi, beberapa peralatan perlu diadakan iaitu PA system, restrum, kerusi dan tongkat khatib. Tong-tong derma pembinaan surau As-Syakirin juga akan diedarkan pada hari itu. Penduduk digalakkan memakai baju melayu lengkap. Boleh jadi kita akan mengadakan jamuan, dengan semua penduduk sama-sama membawa juadah masing-masing. Pada pagi hari raya Aidiladha adalah sunat untuk menjamah makanan selepas solat sunat hari raya Aidiladha.

Seperti kata penulis blog, ini adalah satu idea sahaja. Ia tidak akan dilaksanakan. Penulis blog sendiri akan balik ke kampung untuk berhari raya bersama ahli keluarga. Lagipun nampak pelik solat sunat di padang. Masih banyak lagi masjid yang boleh di kunjungi sekitar Semenyih ini.

Tetapi jika surau As-Syakirin siap, pasti akan ada solat sunat Aidiladha di situ.

Berita baik...Jumlah sumbangan telah diturunkan

Kepada semua penduduk fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih. Berita baik untuk tuan/puan. Jumlah sumbangan mengisi dana pembinaan surau as-Syakirin yang telah ditetapkan sebelum ini iaitu Rm100 bagi setiap rumah yang mewakili sorang penduduk telah diturunkan.

Kini penduduk boleh memberi sumbangan serendah RM10, RM50 atau Rm100. Atau apa juga jumlah AJK akan terima.

Fokus AJK ialah mengumpul RM120,000 bagi mencukupkan harga kos binaan surau iaitu Rm196,500. Dana sedia ada cuma berjumlah RM72000. Kos ini hanya cukup untuk membina struktur bangunan sahaja iaitu ground beam, tiang dan top beam. Jika dana tidak cukup. Pembinaan akan terhenti setakat ini sahaja. Jika boleh AJK menyasarkan agar kita dapat menyiapakan di peringkat pemasangan bumbung. Bumbung sudah ada, pembinaan seterusnya akan menjadi lebih mudah.

Segeralah bertindak menambah dana pembinaan surau As-Syakirin.

Hantar sumbangan tuan/puan ke rumah bendahari di No 13 Jln TPS 4/8. Telefon atau SMS no 013-2937679 untuk temujanji. Paling mudah adalah tuan/puan terus mengkredit atau memasukkan sumbangan sama ada dalam bentuk wang tunai atau cek menggunakan mesin deposit tunai EON Bank di Pekan Semenyih Sentral.

Terima kasih diucapkan sekiranya tuan/puan mengambil tindakan dan terus membuat sumbangan.

Siapa tak suka surau angkat tangan!

hah! macam budak kecil pula. Macam budak sekolah. Cikgu-cikgu selalu menyebut ayat begini semasa penulis blog sekolah dulu.

" siapa suka angkat tangan! " Siapa tak suka angkat tangan! "

Kepada penduduk di komuniti fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih ini seakan penulis blog mahu menanyakan soalan yang serupa. Tetapi rasanya seperti tidak relevan pula.