Thursday, September 2, 2010

Tanggungjawab umat Islam untuk membayar zakat

Hari Isnin yang lalu penulis blog telah memohon kepada petugas kewangan di tempat kerja penulis blog untuk melakukan tambahan pemotongan gaji lagi sebanyak RM25 sebulan bagi pembayaran zakat kepada Lembaga Zakat Selangor.

Insaf penulis blog akan amanat seorang tuan guru yang satu masa dulu penulis blog pernah mendengar kuliahnya di sebuah surau di Beserah, Kuantan, Pahang.

Sebagai orang Islam kita mempercayai rukun iman dan rukun Islam.

Rukun iman ada 6 dan rukun Islam ada 5.

Rukun iman iaitu

1. Percaya kepada Allah
2. Percaya kepada nabi dan rasul
3. Percaya kepada malaikat
4. Percaya kepada kitab - Al Quran
5. Percaya kepada hari kiamat / hari kemusnahan alam dan manusia dihidupkan semula selepas mati.
6. Percaya kepada qhada dan qhadar / ketentuan Allah

Rukun Islam pula

1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. Bersolat fardhu 5 waktu sehari semalam
3. Puasa di bulan Ramadhan
4. Berzakat
5. Menunaikan haji


Bagi melaksanakan rukun Islam kita akan

Mengucap dua kalimah syahadat terlebih dahulu iaitu mengesakan Allah dan kerasulan Nabi Muhamad.

Mengucap memang mudah. Sebut sahaja.

Solat fardhu tiada masalah. Semua boleh buat.

Puasa bulan Ramadhan juga kita boleh buat. Kadangkala habis Ramadhan kita tambah lagi puasa enam.

Pergi haji dan pergi umrah juga kita buat. Lama kita mengumpul duit bagi menampung kos menunaikan ibadah ini yang dibuat jauh di negara Arab.

Tapi berzakat ini payah sangat kita hendak buat kata tuan guru itu lagi. Kalau ikut ranking, berzakat ini nombor 4 dan pergi haji nombor 5. Ini bermakna zakat lebih wajib dibuat dahulu berbanding haji.

Kita ini pula asyik kata tidak cukup duit. Tidak cukup duit kenalah kita kumpul. Hendak pergi haji kita kumpul duit mengapa pula untuk berzakat kita tidak mahu kumpul duit.

Lagipun wang zakat ini boleh menyucikan harta kita. Berkat harta kita yang kita dapat. InsyaAllah kehidupan kita akan dipermudah.

Hari ini Surau As-Syakirin sudah mendapat manfaat daripada zakat yang diberi oleh umat Islam. Pihak Yayasan Taqwa iaitu anak syarikat Majlis Agama Islam Wilayah Perseketuan telah memberi peruntukan sebanyak RM5000 kepada surau ini untuk pembelian PA system. Sebelum ini pula Lembaga Zakat Selangor turut telah memberi peruntukan sebanyak Rm40,000 untuk membiayai kos pembinaan surau dan juga Baitulmal Wilayah Persekutuan yang juga memberi peruntukan RM3000 untuk pembelian karpet surau.

Wang zakat ini diberikan kepada 8 asnaf yang memerlukan. Memberi kepada surau adalah asnaf fisabillah iaitu untuk tujuan menaikkan syiar Islam.

Asnaf zakat yang lain iaitu:

Rujuk laman web Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

1. Fakir 5. Riqab
2. Miskin 6. Gharimin
3. Amil 7. Fisabillilah
4. Muallaf 8. bn Sabil

No comments:

Post a Comment