Tuesday, August 31, 2010

Cek gantian


Pemulangan semula cek jabatan pembangunan persekutuan kepada akaun di bawah

Nama akaun : BIRO KEBAJIKAN DAN MASYARAKAT ADUN SEMENYIH
No akaun : 0675-11-000144-5
Bank : Eon Bank Semenyih

Cek surau silap



Cek di atas dipulangkan semula kepada penulis blog kerana sudah tersilap tulis. Penulis blog tersilap. Cek sepatutnya ditulis JOHAN B ABD AZIZ.

Pengerusi juga memaklumkan YB memohon supaya pihak surau memulangkan kesemua jumlah wang sumbangan Jabatan Pembangunan Persekutuan berjumlah RM5000 tersebut kepada beliau kerana bayaran tarmac di halaman surau as-Syakirin telah menggunakan wang peribadi beliau dahulu sebanyak RM10,000.

Beliau turut meminta cek dikeluarkan ke atas nama BIRO KEBAJIKAN DAN MASYARAKAT ADUN SEMENYIH dengan nombor akaun 0675-11-000144-5 EON Bank Semenyih.

Sehubungan itu penulis blog akan menggantikan dengan cek yang baru.

Monday, August 30, 2010

Baki wang di bank

Mengikut rekod penulis blog baki wang di bank pada hari ini adalah RM6189.64 selepas ditolak semua pembayaran 4 cek yang dikeluarkan pada hari ini. Namun satu perkara 2 keping cek baru di bank in petang tadi. Cek ini mungkin dikenakan floating oleh bank selama 2 atau 3 hari.

Berikut catatan penulis blog mengenai baki wang dalam bank:

11/8/2010 - Bank in cek jabatan Pembangunan persekutuan - RM5000 baki di bank RM10,689.64

17/8/2010 - Bayar baki tandas RM1000 - baki di bank jadi RM9689.64

29/8/2010 - Cek sumbangan more kerajaan negeri Selangor RM300 - Baki di bank RM9989.64

29/8/2010 - Cek peruntukan JKR RM2000 . Baki di bank jadi RM11,989.64

29/8/2010 - Pulangkan RM2000 cek Jab. Pembangunan Persekutuan RM2000. baki di bank jadi RM9989.64

29/8/2010 - Bayar RM2500 tarmac kpd Tn Hj Raja Zazman - Baki di bank RM7489.64

29/8/2010 - Bayar baki tandas RM1000 kpd En Abas - baki di bank RM6489.64

29/8/2010 - Bayar jamuan more peruntukan kerajaan negeri Selangor kpd En Bilal RM300 baki akhir di bank pada hari ini ialah RM6189.64

4 cek dikeluarkan hari ini


Cek bernombor 00056 dibayar kepada Tn Hj Raja Zazman untuk mengganti semula bayaran memasang tarmac di sudut kiri halaman surau.


Cek bernombor 00057 dibayar kepada En Abas untuk bayaran baki pembinaan tandas. Baki bayaran sebanyak RM1600 ditahan kerana beliau masih belum membetulkan tangki septik yang dipasang senget.


Cek bernombor 000058 dibayar kepada YB Tuan Johan b Aziz . YB memaklumkan daripada sumbangan sebanyak RM5000 oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan , sejumlah RM2000 hendaklah diberi kepada beliau semula. Ini berikutan YB telah mendahulukan wang beliau sebanyak RM10,000 untuk memasang tarmac di halaman surau. Cek peruntukan Jabatan Pembangunan Persekutuan ini telah dibank in oleh penulis blog pada 11 Ogos 2010 dan ianya masih belum disahkan kerana penulis blog belum menerima penyata bank berakhir 31 Ogos 2010.



Cek bernombor 000059 dibayar kepada En Mohd Bilal bin Jusoh untuk belanja jamuan moreh. Petang tadi penulis blog telah menerima cek berjumlah RM300 daripada Kerajaan negeri Selangor sebagai sumbangan jamuan moreh Ramadhan.Cek ini juga telah dibank in oleh penulis blog petang tadi.

Jumlah semua wang dana surau yang dikeluarkan hari ini adalah RM5800. Setiap satu cek ini akan dikenakan caj oleh bank dengan setiap satu sebanyak RM2.00

Jadi sekarang tidak berbangkit penulis blog menyekat wang dana surau daripada dibelanjakan. Sudah habis wang dana surau nanti senanglah sikit kerja penulis blog. Tiada duit hendak diurus.

Sunday, August 29, 2010

Semakan 30 Ogos 2010



Inilah yang berlaku apabila dibuat semakan mukasurat demi mukasurat daripada lejer surau. Baki semasa dana surau menjadi negatif atau minus (RM3629.06) pula..

Baki dana di bank pula kali terakhir semakan pada 11 Ogos 2010 adalah RM4689.64

Jumlah ini bermaksud baki wang dana surau dalam lejer sudah habis malah berhutang pula.

Tetapi oleh kerana terdapat kontra di bank sebanyak RM4689.64 ini membolehkan bendahari membuat pembayaran sehinggalah jumlah dana dalam bank turut habis digunakan semuanya.


Thursday, August 26, 2010

Kelebihan surau di tempat lain



http://www.suraualhijrah.com/

Tertarik penulis blog akan idea AJK Surau Al Hijrah Taman Bukit Kemuning seperti di atas.
Alangkan bagusnya jika idea dan program seperti ini dilaksanakan di Surau As-Syakirin.

Namun semua ini bergantung kepada minat dan kehendak ahli jemaahnya.