Tuesday, August 10, 2010

Sumbangan rehal untuk tadarus al_Quran

AJk mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang rehal yang akan digunakan oleh peserta tadarus Al Quran pada bulan Ramadhan dan juga dimasa-masa lain.

Saturday, August 7, 2010

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat


Sehingga hari ini hampir sebulan Surau As-Syakirin sudah digunakan. Surau ini dibuka dan diguna secara rasmi pada 10 hb Julai 2010 yang lalu. Alhamdulillah jemaah juga ramai.

AJK ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dengan pembinaan surau ini.

Pemilihan kontraktor secara runding terus


Surau as-Syakirin ini dibina oleh kontraktor AZ Asia Enterprise.

Sebelum syarikat ini dipilih , peluang turut dibuka kepada kontraktor yang lain untuk memasuki sebutharga.

Untuk makluman penduduk, sebenarnya sebanyak 4 borang sebutharga telah dikeluarkan oleh AJK kepada kontraktor untuk menawarkan mereka pembinaan surau ini. Iklan membuka sebutharga ini diuar-uarkan melalui blog surau As-Syakirin. Oleh kerana tiada sambutan maka AJK terpaksa bertindak sendiri mencari kontraktor yang berminat untuk membinanya.

1. Kontraktor AZ Asia Enterprise dicadangkan oleh arkitex membina pelan surau- sebutharga RM196,500
2. Kontraktor dari Taman Permata Hulu Klang. Kontraktor dicari oleh penulis blog - Harga tawaran RM230,000
3. Kontraktor Halim Enterprise yang dicadangkan penulis blog- En Halim tidak menghantar kembali borang tawaran
4. Satu lagi borang diambil oleh En Mohd Nor untuk diserahkan kepada seorang kontraktor lain. Juga tidak dikembalikan.

Akhirnya kontraktor AZ Asia Enterprise dipilih kerana memberikan sebutharga lebih murah.

Friday, August 6, 2010

Derma mengisi tabung Surau masih diperlukan

Jika pun penderma tidak mahu memberikan sumbangan bagi membina bangunan kemudahan surau ini tidaklah mengapa.

Tetapi dari masa ke semasa AJK perlu mencari dana untuk menampung kos pembayaran bil-bil utiliti iaitu bil air dan bil elektrik. Ada dana bagi menampung bil-bil utiliti ini sudah cukup.

Wang untuk AJK menganjurkan aktiviti tiada pun tidak mengapa. Tiada wang maka tidaklah perlu AJK membuat program-program mengimarahkan surau seperti mengadakan sambutan maulidrul rasul dan lain hari kebesaran Islam yang lain, mengadakan moreh pada bulan Ramadhan atau membayar saguhati penceramah undangan jika surau ingin mengadakan sesi pengajian ilmu.

Tuesday, August 3, 2010

Pencarian dana untuk membina kemudahan surau diteruskan

Baru petang tadi penulis blog sudah bertanya pekerja yang membina tandas sementara surau adakah mereka berkemampuan membina bangunan kemudahan surau.

Mereka menyatakan boleh.

Lansung penulis blog meminta mereka memberi sebutharga beberapakah harga yang mereka boleh tawarkan untuk membina bangunan tersebut.

Tapi kali ini penulis blog tidak akan berusaha mencari dananya lagi. Kali ini penulis blog hanya akan bertindak sebagai bendahari sahaja. Terima wang derma, rekodkan dan keluarkan semula untuk buat bayaran dan seterusnya sediakan penyata kewangan.

Jika dana gagal dicari dan dikumpul secukupnya, maka tandas sementara yang dibina akhirnya akan menjadi tandas kekal.  Selain tiada tandas yang selesa, tiada juga kolah wuduq, setor, dapur, ruang kerja, bilik mandi jenazah dan teres atau tempat parking van jenazah.

Jika tempat mengurus jenazah ini tidak dapat dibuat, AJK surau ini perlu menempah troli jenazah yang anggaran kosnya barangkali sehingga RM3000. Troli ini jenis stainless steel tahan karat dan beroda supaya ia senang ditolak ke rumah penduduk yang memerlukan.

Malam ini mesyuarat AJK surau

Malam ini selepas Maghrib akan diadakan satu mesyuarat AJK Surau As-Syakirin membincangkan secara khusus program sepanjang Ramadhan. Sehubungan itu semua AJK dimohon tidak menguzurkan diri.

Setakat ini seorang AJK iaitu En Aziz sudah memaklumkan beliau tidak dapat hadir kerana ada tugasan luar di tempat kerja.

Monday, August 2, 2010

AJK HELWA Surau As-Syakirin

Pengerusi : Pn Hjh Jamaliah bt Sulaiman
Setiausaha : Pn Hafizah bt Mustafa
Bendahari : Pn Siti Fauziah bt Mohd Tahir
Bilal jenazah wanita : Pn Norakma bt Hj Yunus
Wakil Jalan :
4/1 & 4/2 Pn Bibi Sabariah bt Mustaffar
4/3 & 4/4 Pn Shaliza bt Muhammad
4/5 Pn Roslina bt Awang
4/6 & 4/7
4/8 & 4/9 Pn Rohayati bt Hassan
4/10 & 4/11 Pn Norazlin Afina
4/12,4/13,4/14 & 4/15 Pn Norakma bt Hj Yunus

Program Tadarus Al Quran HELWA

Untuk makluman muslimat satu program tadarus Al Quran akan dijalankan pada bulan Ramadhan ini. Ada tiga waktu yang telah ditetapkan dalam mesyuarat AJK HELWA kali pertama pada 1 Ogos 2010 yang lalui iaitu:

1. Selepas Tarawih

2. Selepas solat Subuh

3. Jam 8:00 pagi setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad

Kepada muslimat yang berkelapangan dan berminat untuk menyertai program tadarus ini boleh menghubungi AJK HELWA.

Program tadarus ini akan bermula pada 1 Ramadhan.

Surau As-Syakirin siap 100%


Surau As-Syakirin yang telah siap 100%. Tetapi bangunan kemudahan suraunya gagal dibina kerana dana masih tidak cukup.

Sunday, August 1, 2010

Teruskan menghulurkan sumbangan

Kepada yang sudi menyumbang bagi menampung kos pembinaan kemudahan surau as-Syakirin seperti yang terdapat dalam pelan binaan surau as-Syakirin dan kemudahannya diucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.

Namun sehingga hari ini kos sebenar pembinaan bangunan fasiliti surau ini masih belum diperolehi kerana masih tiada kontraktor yang menghantar permohonan dengan memberikan kos sebutharga pembinaannya.

Jika ditakdirkan dana yang dikumpul tidak cukup dan bangunan fasiliti surau ini gagal dibina penderma dimohon menghalal atau membenarkan AJK Surau As-Syakirin menggunakannya untuk tujuan lain seperti menampung kos aktiviti mengimarahkan surau, membayar bil utiliti, membeli aset surau dan lain-lain yang berkenaan.

Sehubungan itu semua penduduk dan penderma-penderma daripada luar komuniti kami yang masih sudi untuk menghulurkan sumbangan bolehlah menyalurkan sumbangan menggunakan maklumat akaun seperti di bawah:

Nama akaun : SURAU AS-SYAKIRIN
No akaun : 0675-11-000-223-3
Bank : EON Bank Semenyih

Penderma boleh memilih cara sumbangan berikut:

1. Memberi sumbangan kepada Pengerusi
2. Menghantar terus kepada bendahari
3. Memasukkan sumbangan ke mesin deposit tunai atau cek EON Bank
4. Melakukan transaksi perbankan internet /pemindahan wang secara atas talian