Friday, March 12, 2010

Taklimat pembinaan surau kali kedua

Kepada semua penduduk, satu taklimat pembinaan surau kali kedua akan dilaksanakan pada ketetapan berikut:

TARIKH : 28 hb Mac 2010

HARI : AHAD

MASA BERKUMPUL : 8:00 hingga 9:00 pagi ( Penduduk boleh beriadah / joging / bersenam sendiri sementara menunggu kehadiran penduduk yang lain sehingga jam 9:00 pagi)

TAKLIMAT : 9:00 hingga 10:00 pagi

KEHADIRAN : Semua penduduk dijemput hadir . Penderma daripada luar komuniti turut dijemput hadir.



Taklimat bertujuan untuk memaklumkan kepada penduduk status semasa dana yang berjaya dikumpulkan oleh AJK.

Pada hari taklimat juga satu tabung derma akan disediakan untuk kemudahan penduduk memberikan sumbangan.

Penduduk yang masih belum membuat sumbangan dan bercadang untuk memberikan sumbangan pada hari taklimat boleh berbuat demikian. AJK akan menyediakan kaunter sumbangan.

Selain itu taklimat pembangunan surau berkaitan tahap-tahap pembinaan turut akan dimaklumkan dan bayaran yang perlu dibuat oleh AJK kepada kontraktor.

AJK turut akan meminta bantuan daripada penduduk untuk mencari penderma bagi yang sudi membantu.

Cadangan mengemaskini senarai AJK akan diusulkan. Penduduk yang berminat dan sedia memberikan komitmen mencari sumbangan dana boleh menawarkan diri untuk menjadi AJK.

Pada hari taklimat pelan binaan surau dan pelan kejuruteraan akan dipamerkan untuk dibaca penduduk. Turut akan dipamerkan adalah semua surat menyurat berkaitan dengan pembangunan surau ini dan juga penyata penerimaan sumbangan daripada penduduk dan komuniti luar.

Frame tiang level 2

hari ini 12 batang frame untuk tiang atas sudah siap. Tunggu untuk dimasukkan simen konkrit sahaja.

Thursday, March 11, 2010

top beam dan dinding naik sekali

penulis blog fikir elok rasanya dinaikkan dinding batu bata dan pada masa sama bina pula top beam. Jika dinding sudah ada, struktur bangunan akan kukuh. Jadi top beam yang sedang dalam pembinaan akan menerima sokongan beban dari dinding batu bata itu.

Siap dinding RM17,000 akan dibayar kepada kontraktor
Siap top beam Rm14,000 akan dibayar lagi kepada kontraktor
Kemudian siap pula bumbung AJk akan bayar lagi Rm32,000 kepada kontraktor

Setakat ini wang surau dibank adalah mencukupi untuk membayar sehingga bumbung siap.

Mesyuarat Ahad malam Isnin

Ajk akan cuba bermesyuarat pada malam tersebut. Sudah 2 kali mesyuarat yang dirancang terpaksa ditunda kerana AJK tidak dapat hadir kerana ada urusan lain. Harap-harap kali ini semua AJK ada kelapangan masa.

Status pembinaan hari ini



Pekerja sudah habis bekerja dan sedang bersiap untuk pulang ke rumah



Taukeh kren sedang membersihkan bekas simen



Jika tak silap kren ini disewa dengan jumlah RM400 sehari. Tak kira jam. 1 jam, 2 jam, 6 jam juga dikira sehari.

Simen sudah dituang ke dalam frame beam tengah. Kontraktor menggunakan perkhidmatan kren untuk memudahkan kerja.

Status kerja hari ini

Petang tadi penulis blog menelefon encik azman sama ada perkerja bekerja atau tidak. Ini kerana penulis blog tidak melihat kelibat pekerja di tapak binaan surau.

En Azman memaklumkan hari ini hanya 2 orang pekerja sahaja bekerja kerana kerjanya sudah tidak banyak iaitu membuat persiapan terakhir memastikan frame intermediate beam level siap sepenuhnya. Kata en Azman besok beliau akan menempah lori simen ready mix . Besok adalah Khamis. Penulis blog akan melihat kemajuan pembinaan pada hari esok. Harap-harap besok simen akan mula dituang ke dalam frame tersebut.

Siap sahaja di simen, dalam tempoh dua hari frame tersebut akan dibuka pula dan kerja berikutnya adalah memasang frame tiang atas pula dan beam atas. Jika status pembinaan berada pada tahap ini, keseluruhan sturktur bangunan sudah siap sepenuhnya.

Dalam masa yang sama dinding batu-bata mula dipasang untuk menyokong kekuatan struktur bangunan sebelum kerangka bumbung mula dipasang dan akhirnya bumbung genting simen dinaikkan.

Sebaik bumbung siap, bangunan surau As-Syakirin sudah mula kelihatan dari segi rekabentuknya. Pembinaan sampai ditahap ini, penulis blog sudah dapat menarik nafas lega. kerja-kerja berikutnya akan menjadi lebih mudah.

Namun seperkara yang perlu di ambilkira, wang dana yang berjaya dikumpul sebanyak lebihkurang RM128,000 akan habis. Untuk sampai ke tahap bumbung siap ,sebanyak RM119,000 diperlukan dan jumlah ini sudah mencapai sasaran.

Kerja berikutnya pula selepas bumbung sudah dipasang adalah:

1. Kerja-kerja kemasan plaster luar dan dalam bangunan RM14,000
2. Kerja-kerja pendawaian elektrik RM12,000

Semak sebutharga di sini

Tapi penulis blog rasa macam terbalik pula sebutharga ini. Jika tidak silap mestilah buat pendawaian elektrik dulu baru buat kerja plaster dinding. Untuk kepastian, penulis blog akan bertanya kontraktor berkaitan perkara ini.

Dari Rm128,000 yang berjaya dikumpul, ada baki lagi sebanyak Rm9,000. Ini bermakna dana tidak masih tidak cukup Rm3000 untuk membayar kerja pendawaian elektrik.

Sampai di sini dana surau sudah habis sepenuhnya.. Jika tiada lagi dana diterima, pembinaan surau As-Syakirin akan terbengkalai.

Wang peruntukan Lembaga Zakat pula masih belum diterima. Wang ini tiada dalam akaun surau As-Syakirin. Jika sudah ada, urusan akan lebih mudah. AJK perlu membuat tuntutan apabila pembinaan berstatus 70%. Status 70% bermaksud AJK sudah membayar RM137,550 kepada kontraktor. ( Rm196,000 X 70%= RM137,550). Dalam tempoh terdekat juga AJK akan cuba membuat permohonan awal kepada Lembaga Zakat supaya peruntukan tersebut dapat disalurkan segera atau tidak perlu menunggu status 70% siap .

Sungguhpun demikian pembinaan surau As-Syakirin masih boleh berjalan lancar tanpa perlu menunggu peruntukan daripada Lembaga Zakat jika baki dana yang perlu dicari sebanyak Rm27,000 dapat dikumpulkan.

Sehubungan itu kepada penduduk yang masih belum membuat sumbangan, AJK berharap supaya segera bertindak.

Kepada penderma daripada luar komuniti kami pula, tuan/puan boleh meneruskan memberi sumbangan sekiranya sudi. Tuan/puan boleh mendedikasikan atau berniat menderma untuk ahli keluarga tersayang yang sudah pergi selama-lamanya. Moga-moga sumbangan dan sedekah yang tuan/puan berikan beroleh ganjaran daripada Tuhan Sekalian alam. Allah SWT.

Bekalan letrik dan air

Dalam tempoh terdekat ini permohonan bekalan elektrik dan air akan dibuat.

Penulis blog sudah menghubungi en Nasri yang bekerja dengan TNB Bangi untuk meminta pertolongan beliau mendapatkan maklumat sama ada boleh atau tidak permohonan bekalan elektrik dibuat dalam keadaan surau masih belum siap sepenuhnya.

Penulis blog turut memohon pertolongan en Nasri supaya bertanyakan jiran beliau yang kebetulan bekerja dengan SYABAS untuk bertanyakan hal yang sama. Boleh atau tidak bekalan air disambung dalam keadaan surau masih dalam pembinaan atau belum siap.

Jika kedua-dua perkhimatan utiliti ini boleh disambung dalam keadaan surau masih belum siap maka sasaran AJK bahawa pada Ramadhan ini Surau As-Syakirin telah boleh digunakan akan mencapai sasaran.

Monday, March 8, 2010

Kerja hari ini

Kerja hari ini masih membina frame intermediate beam. Mengikut seorang pekerja iaitu En Abu, pada hari Khamis ini jika tiada apa-apa halangan simen konkrit akan mula dimasukkan ke dalamnya.

Petang tadi juga AJK telah menerima sebanyak 3500 keping jubin lantai surau yang disumbangkan oleh pemaju Metro Sdn Bhd. Kepada En Azman yang membantu AJK mendapatkan sumbangan tersebut AJK mengucapkan ribuan terima kasih. Tidak lupa AJK turut mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan pemaju Metro Sdn Bhd menjalankan tanggungjawab sosialnya kepada penduduk di fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih ini. Selain jubin, turut akan disumbangkan ialah simen dan pasir untuk tujuan pemasangan jubin tersebut.

Namun simen dan pasir belum dihantar lagi. Apabila mahu digunakan nanti, AJK akan memaklumkan kepada pihak pemaju.

Sunday, March 7, 2010

sudah bayar Rm14,000

Semalam bendahari sudah membayar RM14,000 kepada kontraktor. Ini menjadikan jumlah bayaran sudah dibuat kepada kontraktor adalah RM56,000.

Saturday, March 6, 2010

Mesyuarat malam ini di KIV lagi

Mesyuarat malam ini ditangguhkan kerana kerana beberapa AJK tidak dapat hadir kerana ada urusan lain.