Saturday, March 6, 2010

Taipan



Kemajuan pembinaan terkini. Frame intermediate beam sudah dipasang. Siap frame ini simen simen konkrit akan dituang ke dalamnya. Kemudian kerja memasang frame tiang atas pula akan dilakukan diikuti dengan top beam.

Tinggi struktur bangunan surau ini adalah 20 kaki menjadikan bumbung surau ini dibina tinggi. Bumbung yang tinggi memberikan lebih pengudaraan dalam ruang solat .

Thursday, March 4, 2010

Tiang sudah siap semuanya

Sebanyak 36 batang tiang sudah siap kesemuanya. Baru sekejap tadi kontraktor sudah menelefon bendahari untuk menuntut bayaran sebanyak RM14,000 .

Berikut adalah butiran pembayaran

1. Footing dan stam siap - RM18,000
2. Ground beam siap RM15,000
2. Lantai konkrit siap - RM9,000
4. Tiang 36 batang siap - RM14,000

JUMLAH SEMUA : RM 56,000

Walaupun sudah membayar RM56,000 bangunan suraunya masih tidak kelihatan lagi. Bangunan surau hanya akan jelas kelihatan hanya apabila bumbung sudah siap sepenuhnya.
Untuk sampai ke peringkat pembinaan bumbung, pembayaran adalah sebanyak RM119,000.
Pembayaran sebanyak RM56,000 ini masih pada separuh jalan.

Sehubungan itu AJK berharap kontraktor dapat mengurus projek ini dengan baik. Mengikut kontraktor berdasarkan timeframe mereka, pertengahan bulan April ini surau As-Syakirin akan siap dibina.

Jika benar begitu, AJK amat gembira . Sasaran AJK iaitu surau As-Syakirin siap sebelum Ramadhan 2010 pasti menjadi kenyataan.

Namun begitu dana surau masih belum cukup sepenuhnya. Baki dana yang perlu dicari adalah berjumlah RM27,000 lagi.

Sehubungan itu kepada sesiapa sahaja terdiri daripada individu, ahli politik, tokoh korporat, pengarah-penagarah jabatan dan syarikat, dato-dato,datin-datin, tuan/puan adalah dipelawa untuk turut sama terlibat dalam pembinaan Surau As-Syakirin ini. Penglibatan tuan/puan dalam pembangunan surau As-Syakirin ini amat mudah. Tuan/puan hanya perlu menghulurkan sumbangan sahaja. Berapa sahaja jumlahnya, AJK akan tetap menerimanya.

Wednesday, March 3, 2010

Penderma boleh melihat kemajuan pembinaan surau

AJK mempelawa penderma dan bakal penderma untuk hadir ke tapak surau bagi melihat sendiri kemajuan pembinaan surau As-Syakirin. Surau ini banyak menggunakan tiang iaitu sebanyak 36 batang. Tiangnya pula bersaiz besar. Kira-kira ketebalannya seperti ingin membina bangunan empat tingkat. Itu mengikut kata seorang penduduk yang merupakan seorang kontraktor juga. Katanya terlalu banyak tiang dan bersaiz besar pula. Ini merugikan kerana wang boleh dialihkan kepada tempat lain umpamanya membesarkan lagi saiz binaan.

Namun satu perkara yang telah diambilkira ialah bumbung surau ini dibina tinggi supaya mendapat pengudaraan yang baik. Jika bumbung hendak dibina tinggi, saiz tiang perlu besar supaya bangunan menjadi kukuh. Jika bumbung surau rendah, jemaah akan rasa tidak selesa kerana haba panas berlaku dari tubuhbadan jemaah sendiri apabila bilangan jemaah terlalu ramai di dalam ruang solat. Pastinya pada bulan Ramadhan jemaah akan ramai.

Tidak sabar rasanya penulis blog ingin melihat surau ini siap dan sedia digunakan.

Namun AJK masih perlukan baki dana sebanyak RM27,000 lagi. Kepada individu yang ingin membantu AJK dari aspek kewangan atau tolong mencarikan penyumbang atau penderma, AJK ingin mengucapkan ribuan terima kasih.

Ruang dan peluang untuk membuat kebajikan dibuka sekarang

Inilah masanya. Bagi sesiapa yang ingin membuat kebajikan ruang dan peluang sudah ada. AJK pembinaan surau as-Syakirin sudah membuka jalan kepada individu yang ingin menanam saham dalam pembangunan sebuah surau di komuniti fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih.

Tidak siapa boleh menafikan menderma untuk membina sebuah surau akan memberi manfaat yang besar. Kredit dan penghargaan yang akan diberikan sungguh tinggi. Ia tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.

Jadi apa ditunggu lagi. Jadilah salah seorang penderma untuk membiayai kos pembangunan surau as-Syakirin sekarang juga!

Penulis blog sungguh bangga apabila hasil usaha penulis blog bertungkuslumus berkorban masa, tenaga, idea serta wang ringgit membolehkan SURAU AS-SYAKIRIN berjaya disiapkan dan digunakan oleh masyarakat berkurun lamanya.

Jika kita menjadi salah seorang penderma untuk mengisi dana pembinaannya percayalah, ia akan memberikan suatu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata .

Terharu, puas, bangga dan gembira. Semua perasaan ini akan kita alami apabila surau As-Syakirin ini siap dan kita pula adalah salah seorang pendermanya.

Progress hari ini


Status pembangunan surau semasa. Semua tiang sudah siap. Gambar di atas ini adalah gambar lama. Gambar yang baru penulis blog belum sempat ambil lagi. Kerja sekarang adalah memasang taipan iaitu penyokong frame intermediate beam.

Derma diterima hari ini

Derma daripada En Abdul Kadir Jailani b Ismail -Jln TPS 4/11 - RM2200
Sebaik En Jailani balik, bendahari segera ke bank mendeposit wang derma ini.

Kepada En Abd Kadir, terima kasih diucapkan. Moga-moga tuan dimurahkan rezeki pada masa hadapan.

------------------------------------------------------------------------------
Balik daripada EON bank , bendahari menerima lagi derma drp En Ku Arshad

1. Zaiwati -Rm50
2. Adnan Yahya -RM50
3. M Naji Husin -RM10

tapi jumlah RM110 ini besok sahajalah bendahari bank in kan..

TQ ya..

Tuesday, March 2, 2010

hari ini sudah pasang taipan

Penulis blog tidak tahu sangat apa bendanya taipan ni. Rupa-rupanya taipan ni penyokong yang bentuk T bagi mengampu frame beam tengah iaitu beam melintang di atas tiang. Penyokong ini diperlukan kerana apabila simen dituang nanti, bebannya berat.

Jadi kerja hari ini adalah memasang taipan.

Terima kasih kepada penderma ini

hari ini melihat penyata bank penulis blog melihat ada kontra lebihkurang RM8,000 di bank.
Ada beberapa kemungkinan kenapa kontra ini berlaku.

1. Dividen bank . Meneliti penyata penulis blog dapati setiap bulan lebihkurang RM50 dikredit sebagai dividen bank
2. Penduduk yang mengkredit terus sumbangan tetapi belum ada kesempatan menghantar slip deposit bank kepada bendahari
3. Penderma-penderma daripada luar komuniti yang tidak menghantar bukti sumbangan.

Untuk makluman penderma, jumlah kontra ini tidak boleh dicatat di dalam lejer kerana jika dicatat risikonya adalah bendahari akan mencatat dua kali. Katakan secara lumpsum bendahari memasukkan dalam lejer sumbangan di terima sebanyak RM8,000. Dua tiga hari selepas itu seorang penderma yang mendeposit terus sumbangan menghantar pula slip deposit sebanyak Rm1000. Jika bendahari mencatat jumlah RM1000 ini ke dalam lejer, ini bermakna bendahari telah mencatat dua kali. Apabila penyata di audit di dapati jumlah dana tidak tele atau tidak seimbang. Dalam lejer berlaku kehilangan jumlah Rm1000. Jumlah RM1000 ini perlu diganti oleh bendahari dengan duit poket sendiri. Jadi sebab itulah jumlah kontra ini tidak dimasukkan ke dalam lejer.

Namun para penderma usah bimbang, wang derma tuan-puan akan selamat tersimpan di dalam bank. Wang derma tuan/puan akan dimanfaatkan sebaik mungkin. Setiap sen wang dana amat bermakna kepada AJK. Setiap sen sumbangan orang ramai akan diuruskan dengan baik. Penyelewengan wang akan di pastikan tidak berlaku.

penyata bank berakhir 28 Feb 2010

Petang tadi penulis blog sudah pergi ke EON Bank Semenyih untuk mendapatkan penyata bank berakhir 28 Feb 2010. Untuk mendapatkan penyata kena bayar Rm5. Untuk tidak menggunakan wang sedia ada penulis blog bank in sebanyak Rm10 pula. Ini kerana jumlah RM5 itu akan di debit daripada akaun surau.

BAKI TERKINI DI BANK PADA HARI INI IALAH RM 86,964.02

BAKI DALAM LEJER PULA - RM78,400.30

ini bermakna terdapat kontra baki iaitu sebanyak RM 8563.72

Mengambil kira AJK sudah membuat pembayaran sebanyak RM42,000 kepada kontraktor, ini bermakna sumbangan derma yang berjaya dikumpul adalah sebanyak

RM86,964.02 + Rm42,000=RM 128,964.02

PERINCIAN:

1. Dana terkumpul = RM128,964.02
2. Peruntukan pusat zakat =RM40,000
3. Jumlah semua =RM168,964.02

Harga kos binaan surau = RM196,500

Dana masih tidak cukup= RM27,535.98