Saturday, June 6, 2009

Tender terbuka pembinaan Surau As-Syakirin

Orang ramai di pelawa untuk menyertai tender pembinaan surau As-Syakirin.

Syarat-syarat penyertaan tender:
1. Kontraktor berminat perlu mempunyai lesen yang sah
2. Berdaftar dengan CIDB / pusat khidmat kontraktor bumiputra
3. Mempunyai modal mencukupi dan mempunyai kemampuan menyiapkan projek tanpa sebarang masalah.

Selain itu AJK Pembinaan juga akan mengupah syarikat yang berminat untuk melakukan kerja-kerja ukur tanah surau untum tujuan mencari arah kiblat. Syarikat berminat perlu mempunyai lesen sah dalam bidang ukur tanah serta mempunyai peralatan theodolite. Syarikat juga perlu hadir pada hari pegawai-pegawai dari Jabatan Mufti datang untuk membuat pengesahan arah kiblat dan perlu membawa alatan tersebut bersama.

Bagi tujuan penyediaan plan binaan surau pula, syarikat yang berminat boleh memberikan sebutharga bagi menyediakan perkhidmatan ini.

Kontraktor atau syarikat berminat boleh berhubung dengan AJK Pembinaan Surau As-Syakirin di talian 013-2937679 ( u.p : Tn Hj Raja Zazman atau En. Jamalullail )

No comments:

Post a Comment