Sunday, January 2, 2011

Pewartaan tanah sudah diluluskan

Surat mewartakan tanah surau As-Syakirin daripada kerajaan Negeri Selangor sudah diperolehi AJK. Surat ini ada dipamerkan pada papan kenyataan surau. Surat pewartaan tanah ini tidak dapat diimbas dan diletakkan di sini kerana penulis blog tiada akses kepada dokumen ini berikutan tidak lagi menjadi AJK surau ini.

Terima derma terkini 2 hb Jan 2011

1. Allahyarham Omar bin Mat Diah no 42A jln -- RM100
2. Jemaah Masjid Jumhuriah Kg Dato Harun Petaling Jaya - RM413 + RM7

Di atas adalah derma terakhir diterima penulis blog selepas tidak lagi menjadi bendahari. Wangnya telah penulis blog depositkan ke dalam akaun surau di EON bank dan slip masuk telah diserahkan kepada bendahari baru untuk dikeluarkan resit rasmi.