Monday, September 6, 2010

Bil air dan bil elektrik surau

Tindakan:

1.Scan bil air dan bil elektrik surau di sini.
2.Tuliskan nombor akaun dan nombor rujukan bil.
3. Maklumkan kepada penaja bayaran bil, bayaran boleh dibuat melalui perbankan internet

No akaun bil air surau As-Syakirin :
No rujukan bil bagi bulan ___________ :

No akaun bil elektrik surau As-Syakirin :
No rujukan bil bagi bulan : ____________ :

Tajaan pembayaran bil elektrik dan air

Penderma dialu-alukan untuk menaja pembayaran bil air dan elektrik surau As-Syakirin. Untuk menaja sila dapatkan bil semasa daripada AJK dan seterusnya membuat bayaran di pejabat pos, Tm Point Taman Pelangi Semenyih atau melakukan pembayaran dengan perbankan internet.

Buat masa ini penulis blog belum dapat memaparkan nombor akaun bil letrik dan bil air lagi..

Thursday, September 2, 2010

Penyata kewangan September 2010


TERIMA
1/9/2010 - Baki bawa ke depan (dalam lejer) : (RM2749.56) / negatif RM2749.56
2/9/2010 - Terima sumbangan Yayasan Taqwa - RM5000
14/9/2010 - Kutipan tabung surau - RM92
17/9/2010 - Badan kebajikan kakitangan Islam FRIM Kepong-Rm100
28/9/2010- Derma drp Siti Mazlinah bt Abdul Rahim-Rm200
28/9/2010-Tabung surau-RM135.50
28/9/2010 - pelarasan -RM99.90


BAYAR


BAKI DANA SURAU
Baki akhir dalam lejer - RM2877.94

Baki dalam tangan bendahari : Tiada

Baki dalam bank pada 30/9/2010 - RM15,075.68

Perbezaan baki dalam lejer dan dalam bank : RM12,197.74

Tanggungjawab umat Islam untuk membayar zakat

Hari Isnin yang lalu penulis blog telah memohon kepada petugas kewangan di tempat kerja penulis blog untuk melakukan tambahan pemotongan gaji lagi sebanyak RM25 sebulan bagi pembayaran zakat kepada Lembaga Zakat Selangor.

Insaf penulis blog akan amanat seorang tuan guru yang satu masa dulu penulis blog pernah mendengar kuliahnya di sebuah surau di Beserah, Kuantan, Pahang.

Sebagai orang Islam kita mempercayai rukun iman dan rukun Islam.

Rukun iman ada 6 dan rukun Islam ada 5.

Rukun iman iaitu

1. Percaya kepada Allah
2. Percaya kepada nabi dan rasul
3. Percaya kepada malaikat
4. Percaya kepada kitab - Al Quran
5. Percaya kepada hari kiamat / hari kemusnahan alam dan manusia dihidupkan semula selepas mati.
6. Percaya kepada qhada dan qhadar / ketentuan Allah

Rukun Islam pula

1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. Bersolat fardhu 5 waktu sehari semalam
3. Puasa di bulan Ramadhan
4. Berzakat
5. Menunaikan haji


Bagi melaksanakan rukun Islam kita akan

Mengucap dua kalimah syahadat terlebih dahulu iaitu mengesakan Allah dan kerasulan Nabi Muhamad.

Mengucap memang mudah. Sebut sahaja.

Solat fardhu tiada masalah. Semua boleh buat.

Puasa bulan Ramadhan juga kita boleh buat. Kadangkala habis Ramadhan kita tambah lagi puasa enam.

Pergi haji dan pergi umrah juga kita buat. Lama kita mengumpul duit bagi menampung kos menunaikan ibadah ini yang dibuat jauh di negara Arab.

Tapi berzakat ini payah sangat kita hendak buat kata tuan guru itu lagi. Kalau ikut ranking, berzakat ini nombor 4 dan pergi haji nombor 5. Ini bermakna zakat lebih wajib dibuat dahulu berbanding haji.

Kita ini pula asyik kata tidak cukup duit. Tidak cukup duit kenalah kita kumpul. Hendak pergi haji kita kumpul duit mengapa pula untuk berzakat kita tidak mahu kumpul duit.

Lagipun wang zakat ini boleh menyucikan harta kita. Berkat harta kita yang kita dapat. InsyaAllah kehidupan kita akan dipermudah.

Hari ini Surau As-Syakirin sudah mendapat manfaat daripada zakat yang diberi oleh umat Islam. Pihak Yayasan Taqwa iaitu anak syarikat Majlis Agama Islam Wilayah Perseketuan telah memberi peruntukan sebanyak RM5000 kepada surau ini untuk pembelian PA system. Sebelum ini pula Lembaga Zakat Selangor turut telah memberi peruntukan sebanyak Rm40,000 untuk membiayai kos pembinaan surau dan juga Baitulmal Wilayah Persekutuan yang juga memberi peruntukan RM3000 untuk pembelian karpet surau.

Wang zakat ini diberikan kepada 8 asnaf yang memerlukan. Memberi kepada surau adalah asnaf fisabillah iaitu untuk tujuan menaikkan syiar Islam.

Asnaf zakat yang lain iaitu:

Rujuk laman web Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

1. Fakir 5. Riqab
2. Miskin 6. Gharimin
3. Amil 7. Fisabillilah
4. Muallaf 8. bn Sabil

Yayasan Taqwa lulus permohonan Surau As-Syakirin




Pihak pengurusan Surau As-Syakirin mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Taqwa iaitu anak syarikat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana meluluskan permohonan AJK untuk mendapatkan peruntukan membeli peralatan PA System untuk surau ini.

Yayasan Taqwa telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5000 dan wang ini sebenarnya adalah agihan zakat yang diberikan oleh Majlis Agama Islam wilayah Persekutuan.

Tidak lupa terima kasih turut diucapkan kepada En Latfi seorang penduduk di jalan TPS 4/2 yang sudi mengesyorkan cadangan dan membawakan surat permohonan AJK kepada pihak pengurusan Yayasan Taqwa.