Tuesday, August 31, 2010

Cek gantian


Pemulangan semula cek jabatan pembangunan persekutuan kepada akaun di bawah

Nama akaun : BIRO KEBAJIKAN DAN MASYARAKAT ADUN SEMENYIH
No akaun : 0675-11-000144-5
Bank : Eon Bank Semenyih

Cek surau silap



Cek di atas dipulangkan semula kepada penulis blog kerana sudah tersilap tulis. Penulis blog tersilap. Cek sepatutnya ditulis JOHAN B ABD AZIZ.

Pengerusi juga memaklumkan YB memohon supaya pihak surau memulangkan kesemua jumlah wang sumbangan Jabatan Pembangunan Persekutuan berjumlah RM5000 tersebut kepada beliau kerana bayaran tarmac di halaman surau as-Syakirin telah menggunakan wang peribadi beliau dahulu sebanyak RM10,000.

Beliau turut meminta cek dikeluarkan ke atas nama BIRO KEBAJIKAN DAN MASYARAKAT ADUN SEMENYIH dengan nombor akaun 0675-11-000144-5 EON Bank Semenyih.

Sehubungan itu penulis blog akan menggantikan dengan cek yang baru.

Monday, August 30, 2010

Baki wang di bank

Mengikut rekod penulis blog baki wang di bank pada hari ini adalah RM6189.64 selepas ditolak semua pembayaran 4 cek yang dikeluarkan pada hari ini. Namun satu perkara 2 keping cek baru di bank in petang tadi. Cek ini mungkin dikenakan floating oleh bank selama 2 atau 3 hari.

Berikut catatan penulis blog mengenai baki wang dalam bank:

11/8/2010 - Bank in cek jabatan Pembangunan persekutuan - RM5000 baki di bank RM10,689.64

17/8/2010 - Bayar baki tandas RM1000 - baki di bank jadi RM9689.64

29/8/2010 - Cek sumbangan more kerajaan negeri Selangor RM300 - Baki di bank RM9989.64

29/8/2010 - Cek peruntukan JKR RM2000 . Baki di bank jadi RM11,989.64

29/8/2010 - Pulangkan RM2000 cek Jab. Pembangunan Persekutuan RM2000. baki di bank jadi RM9989.64

29/8/2010 - Bayar RM2500 tarmac kpd Tn Hj Raja Zazman - Baki di bank RM7489.64

29/8/2010 - Bayar baki tandas RM1000 kpd En Abas - baki di bank RM6489.64

29/8/2010 - Bayar jamuan more peruntukan kerajaan negeri Selangor kpd En Bilal RM300 baki akhir di bank pada hari ini ialah RM6189.64

4 cek dikeluarkan hari ini


Cek bernombor 00056 dibayar kepada Tn Hj Raja Zazman untuk mengganti semula bayaran memasang tarmac di sudut kiri halaman surau.


Cek bernombor 00057 dibayar kepada En Abas untuk bayaran baki pembinaan tandas. Baki bayaran sebanyak RM1600 ditahan kerana beliau masih belum membetulkan tangki septik yang dipasang senget.


Cek bernombor 000058 dibayar kepada YB Tuan Johan b Aziz . YB memaklumkan daripada sumbangan sebanyak RM5000 oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan , sejumlah RM2000 hendaklah diberi kepada beliau semula. Ini berikutan YB telah mendahulukan wang beliau sebanyak RM10,000 untuk memasang tarmac di halaman surau. Cek peruntukan Jabatan Pembangunan Persekutuan ini telah dibank in oleh penulis blog pada 11 Ogos 2010 dan ianya masih belum disahkan kerana penulis blog belum menerima penyata bank berakhir 31 Ogos 2010.



Cek bernombor 000059 dibayar kepada En Mohd Bilal bin Jusoh untuk belanja jamuan moreh. Petang tadi penulis blog telah menerima cek berjumlah RM300 daripada Kerajaan negeri Selangor sebagai sumbangan jamuan moreh Ramadhan.Cek ini juga telah dibank in oleh penulis blog petang tadi.

Jumlah semua wang dana surau yang dikeluarkan hari ini adalah RM5800. Setiap satu cek ini akan dikenakan caj oleh bank dengan setiap satu sebanyak RM2.00

Jadi sekarang tidak berbangkit penulis blog menyekat wang dana surau daripada dibelanjakan. Sudah habis wang dana surau nanti senanglah sikit kerja penulis blog. Tiada duit hendak diurus.

Sunday, August 29, 2010

Semakan 30 Ogos 2010



Inilah yang berlaku apabila dibuat semakan mukasurat demi mukasurat daripada lejer surau. Baki semasa dana surau menjadi negatif atau minus (RM3629.06) pula..

Baki dana di bank pula kali terakhir semakan pada 11 Ogos 2010 adalah RM4689.64

Jumlah ini bermaksud baki wang dana surau dalam lejer sudah habis malah berhutang pula.

Tetapi oleh kerana terdapat kontra di bank sebanyak RM4689.64 ini membolehkan bendahari membuat pembayaran sehinggalah jumlah dana dalam bank turut habis digunakan semuanya.


Thursday, August 26, 2010

Kelebihan surau di tempat lain



http://www.suraualhijrah.com/

Tertarik penulis blog akan idea AJK Surau Al Hijrah Taman Bukit Kemuning seperti di atas.
Alangkan bagusnya jika idea dan program seperti ini dilaksanakan di Surau As-Syakirin.

Namun semua ini bergantung kepada minat dan kehendak ahli jemaahnya.

Saturday, August 21, 2010

Penyata Disember 2009

Penyata Nov 2009

Penyata Oktober 2009


Penyata September 2009


Penyata ogos 2009




Kolom bayar sebelah kanan sekali sudah tersilap..Sepatutnya semua kosong. Tiada tuntutan pembayaran pada bulan ini. Macamana boleh tersalin semula tak tahu la pulak. Tapi pada ruangan jumlah pembayaran masih betul iaitu 0 atau -

penyata Julai 2010



Penyata ogos 2010




Data di atas sudah salah. Data yang sudah diperbetulkan telah ditampal di papan kenyataan surau.

Penyata Jun- julai 2009

Penyata Mei 2009

Penyata Jun 2009


Penyata Julai 2009




Tadarus


Thursday, August 19, 2010

penyata kewangan Jun 2009


Laman web Surau As-Syumul

http://syumul.com

Portal assyakirin-tps.org akan menjadi seperti di atas jika hendak dibina. Tapi kena keluarkan sedikit kos iaitu sewa webhosting RM100 dan sewa domain name RM40 . Jumlah RM140 setahun.

Friday, August 13, 2010

Kualiti pembinaan Surau As-Syakirin

Pembinaan surau as-Syakirin dipantau oleh penulis blog dari masa ke semasa. Puashati melihat kontraktor melaksanakan kerja pembinaannya. Kualiti binaan surau ini nampaknya dijaga dengan baik oleh syarikat AZ Asia Enterprise.

Bermula dengan pertapakan bangunan iaitu membina footing, stam, groundbeam, tiang konkrit,intermediate groundbeam dan top beam, penulis blog dapat melihat sendiri betapa jaminan kualiti dijaga dengan sebaik mungkin oleh kontraktor.

Begitu juga dengan pembinaan seterusnya sehinggalah surau ini siap 100% kualiti pembinaan tetap diambil berat oleh mereka.

Secara peribadi penulis blog mengucapkan terima kasih dan mengucapkan tahniah kepada En Azman yang merupakan penyelia projek pembinaan surau as-Syakirin. Tidak lupa kepada En Zakri pengurus syarikat AZ Asia Enterprise dan juga arkitex yang bertanggungjawab menyediakan pelan binaan surau ini iaitu en Nix daripada Arkitex Lakareqa.

Penulis blog turut ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pekerja yang terlibat. En Abu, Pak An, Hj Hairi, Wak Mustakim, En Hadi dan lain-lain yang penulis blog tidak ingat nama mereka.

Wednesday, August 11, 2010

Terima kasih kepada penyumbang set PA System

Jawatankuasa pengurusan surau As-Syakirin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seorang penduduk yang telah menyumbangkan set PA system surau as-Syakirin terdiri daripada

1 unit amplifier
1 unit mixer
2 unit hon speaker
2 unit box speaker besar
2 unit box speaker kecil

Namun pada malam ini ada sedikit gangguan teknikal kerana PA system ini tidak berbunyi pula. Nampak ia masih belum stabil. Termaklum masih baru dan sistem operasinya belum cukup difahami.

Sehubungan itu set PA system yang dipinjam daripada Surau As-Syumul Seksyen 1 Bandar Rinching nampaknya bolehlah dipulangkan semula.

2 kumpulan tadarus Al Quran

Pada malam semalam terdapat dua kumpulan terdiri daripada 12 orang menyertai tadarus Al Quran. Program tadarus ini adalah terbuka kepada semua jemaah. Ahli jemaah yang berminat bolehlah menyertai program ini selepas solat tarawikh pada setiap malam. Jika ramai mahu terlibat kita akan tambah lagi satu kumpulan atau lebih.

Ramadhan bermula tetapi tandas tidak siap

Mengikut perancangan awal AJK telah meminta kontraktor untuk menyiapkan tandas dan menyimen render kaki lima kiri dan kanan surau dalam tempoh 2 minggu. Nampak gayanya kontraktor telah gagal menyiapkan projek yang sekecil ini dalam tempoh ditetapkan.

Sehubungan itu penulis blog sudah meminta kontraktor berkenaan supaya dapat menyiapkan projek membina tandas itu dalam minggu ini juga.

Hari ini pula semua pekerja cuti kerana menyambut 1 Ramadhan.

Tuesday, August 10, 2010

Malam ini solat tarawikh bermula

Rasa-rasanya esok puasa. Jadi malam ini solat tarawikh akan bermula

Tandas tidak sempat siap

nampak gayanya tandas yang dibina tidak sempat disiapkan oleh kontraktor. Jika tiada aral mungkin Jumaat ini siap. Jadi ahli jemaah yang hendak membuang air kena lah balik ke rumah lagi..

Terima kasih kpd En kamarul staf Metro

AJK ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepda En kamarul staf Metro yang juga penduduk di komuniti ini kerana menyumbangkan grill untuk pintu masuk ke dalam surau. Jadi jaring besi yang dipasang sementara sebelum ini sudah dicabutkan.

Sumbangan rehal untuk tadarus al_Quran

AJk mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang rehal yang akan digunakan oleh peserta tadarus Al Quran pada bulan Ramadhan dan juga dimasa-masa lain.

Saturday, August 7, 2010

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat


Sehingga hari ini hampir sebulan Surau As-Syakirin sudah digunakan. Surau ini dibuka dan diguna secara rasmi pada 10 hb Julai 2010 yang lalu. Alhamdulillah jemaah juga ramai.

AJK ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dengan pembinaan surau ini.

Pemilihan kontraktor secara runding terus


Surau as-Syakirin ini dibina oleh kontraktor AZ Asia Enterprise.

Sebelum syarikat ini dipilih , peluang turut dibuka kepada kontraktor yang lain untuk memasuki sebutharga.

Untuk makluman penduduk, sebenarnya sebanyak 4 borang sebutharga telah dikeluarkan oleh AJK kepada kontraktor untuk menawarkan mereka pembinaan surau ini. Iklan membuka sebutharga ini diuar-uarkan melalui blog surau As-Syakirin. Oleh kerana tiada sambutan maka AJK terpaksa bertindak sendiri mencari kontraktor yang berminat untuk membinanya.

1. Kontraktor AZ Asia Enterprise dicadangkan oleh arkitex membina pelan surau- sebutharga RM196,500
2. Kontraktor dari Taman Permata Hulu Klang. Kontraktor dicari oleh penulis blog - Harga tawaran RM230,000
3. Kontraktor Halim Enterprise yang dicadangkan penulis blog- En Halim tidak menghantar kembali borang tawaran
4. Satu lagi borang diambil oleh En Mohd Nor untuk diserahkan kepada seorang kontraktor lain. Juga tidak dikembalikan.

Akhirnya kontraktor AZ Asia Enterprise dipilih kerana memberikan sebutharga lebih murah.