Thursday, December 31, 2009

Status pembinaan hari in 31 dis 2009


Kelihatan frame footing sudah dimasukkan ke dalam lubang


Pemasangan besi konkrit tapak tiang

Kontraktor pembinaan Surau as-Syakirin


Moga-moga cepat siap.....sebaik sahaja semua frame footing ini sudah dimasukkan simen dari lori konkrit bermakna progress pertama siap. Untuk progress kedua adalah membuat dan menaikkan frame tiang pula dan seterusnya menuang simen ke dalam acuan tiang konkrit. Pada tahap ini AJK akan membuat pembayaran kedua berjumlah RM14,000 kepada kontraktor.

Kepada penderma-penderma budiman, sumbangan derma daripada tuan/puan untuk membantu kami mengumpul dana pembinaan surau As-Syakirin amat kami hargai. Jangan lupa, untuk menyumbang tuan/puan boleh terus mengkredit ke akaun surau dengan nombor akaun 0675-11-000-223-3 dengan nama akaun SURAU AS-SYAKIRIN di EON Bank. Pergi sahaja ke mana-mana mesin deposit tunai atau cek EON Bank dan tuan/puan boleh terus menderma menggunaan kaedah ini. Cukup mudah.

Tiada mesin deposit tunai dan cek EON Bank ditempat anda pula tidak susah. Beli sahaja wang pos atau buat kiriman wang di mana-mana cawangan pejabat pos di seluruh Malaysia.Kemudian pos kan kepada Jawatankuasa Pembinaan Surau As-Syakirin,d/a No 40 Jalan TPS 4/5 Taman Pelangi Semenyih,43500 Semenyih,Selangor. InsyaAllah sumbangan tuan/puan akan sampai kepada kami.
Sasaran AJK, Ramadhan 2010 ini surau As-Syakirin siap dibina dan sedia digunakan.

Saturday, December 26, 2009

Taklimat pembinaan surau as Syakirin kali kedua

Tarikh : Minggu terakhir Januari 2010 hari Ahad. (tarikh belum muktamad.)
Masa : 8:00 pagi berkumpul. 9:00 - 10:00 pagi taklimat
Tempat : Tapak surau / gelanggang bola keranjang fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih
Agenda :

1. Ucapan aluan pengerusi
2. Laporan kewangan daripada Bendahari
3. Sesi dialog
4. Penyerahan borang-borang berkaitan kepada penduduk
5. Pembukaan kaunter bayaran sumbangan mengisi dana daripada penduduk
6. Pelancaran tabung derma

Sehubungan itu semua penduduk muslim fasa 6 dan 7, termasuk pemilik rumah fasa7B yang baru mendapat kunci rumah dijemput hadir. Mohon penduduk tidak menguzurkan diri untuk hadir ke sesi taklimat tersebut.

Pemilik rumah fasa 7B sudah mula menerima kunci

Penulis blog mendapat tahu pemilik rumah fasa 7B sudah menerima kunci masing-masing. Kebetulan penulis blog terserempak dengan sebuah kereta masuk ke dalam kawasan perumahan fasa 7B dan diikuti oleh kontraktor Mei Keng yang begitu popular dengan usaha mendapatkan projek renovation rumah pemilik rumah baru. Hari-hari kontraktor Mei Keng ini meronda kawasan untuk mencari pelanggan. Tiada dia membuat kerja lain selain mengejar kereta yang masuk ke situ.

Penulis blog sendiri sudah biasa dengan kontraktor Mei Keng ini. Rata-rata projek renovation rumah penduduk yang dibuatnya berharga antara RM20,000 ke RM30,000. Berbagai tawaran yang dibuatnya. Table top. Pecah pintu belakang dan extend lagi dapur. Buat plaster syiling.pasang grill wrought iron, pasang awning dan macam-macam lagi. Pemilik rumah pula begitu teruja untuk merenovation rumah mereka. Bagi pemilik rumah apalah sangat jumlah RM20,000. Berbaloi sungguh apabila sudah siap nanti. Indah dan cantik mata memandang.

Kepada pemilik rumah di fasa 7B, penulis blog memohon jika boleh reserve kan sedikit sebanyak RM100 sahaja untuk mengisi dana pembinaan Surau As-Syakirin. Kami AJK pembinaan Surau As-Syakirin mengalu-alukan kedatangan tuan/puan ke fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih. Mari kita berpakat bersama-sama merelaisasikan pembinaan surau As-Syakirin. Jika perlu apabila surau as-Syakirin siap dibina, AJK penaja sedia ada akan dibubarkan dan kita akan melantik AJK baru. Barangkali AJK nya akan dilantik daripada penduduk fasa 7B pula.

Komitmen penderma daripada luar

AJK mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada penderma daripada luar komuniti kami. Penderma daripada luar ini lansung tidak akan menggunakan Surau As-Syakirin apabila siap nanti. Tidak tahulah pula jika ada yang tersesat ke sini dan menggunakannya. Tentu mereka bangga melihat surau ini yang mereka adalah salah seorang daripada penderma yang menanggung kos pembinaannya.

AJK juga ingin mengucapakn ribuan terima kasih kepada En Nik Arkitex Lakareqa yang menyediakan pelan binaan surau. En Nik cuma meminta RM500 sahaja untuk kos cetakan. AJk maklum biasanya kos untuk menyediakan pelan binaan lazimnya adalah dalam lingkungan Rm1500 ke Rm3000 bergantung kepada saiz bangunan dan kerumitan binaannya.

Tidak lupa juga arkitex kejuruteraan DCC yang menyediakan pelan kejuruteraan secara percuma. Syarikat ini adalah milik rakan En Nik dan En Nik berusaha untuk menguruskannya. Memandangkan kos mengupah membina pelan kejuretaraan ini lazimnya adalah antara RM1500 ke RM3000, AJK telah dapat menjimatkan wang dana pembinaan.

Selain itu Juruukur Setara Alam juga telah memberikan perkhidmatan percuma kepada AJK untuk mengukur sempadan tanah surau dan juga menentukan point-point binaan surau.

Melihat kepada kesungguhan penderma daripada komuniti luar dan syarikat-syarikat yang berkaitan, AJK rasa terharu dengan kesungguhan mereka membantu AJK dalam proses merealisasikan pembinaan Surau As-Syakirin.

Kepada penduduk-penduduk fasa 6 dan 7 silalah tuan-puan lihat sendiri betapa individu atau syarikat daripada luar komuniti taman kita menyokong pembinaan surau di tempat kita sendiri. Patut sangat kita turut berkorban. Rm100 bukannya satu jumlah yang besar. Jangan terlalu berkira lagi. Segeralah menyumbang untuk menambah dana pembinaan surau As-Syakirin. AJK memerlukan lebih kurang RM100,000 lagi bagi memastikan pembinaan surau ini tidak terbengkalai.

Sasaran AJK, pada Ramadhan 2010 pada bulan Julai ini, surau As-Syakirin dapat disiapkan dan sedia digunakan oleh penduduk-penduduk fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih. Kita akan menganjurkan solat Tarawikh di situ..

Acuan footing sudah masuk dalam lubang

hari ini pekerja telah meletakkan frame atau acuan konkrit footing ke dalam lubang yang sudah dikorek. Besi-besi Y12 dan Y16 juga sudah dipotong banyak-banyak. Hari ini pekrja agak ramai datang. En Azman, En Azlan dan 4 orang lagi pekerja menjadikan 6 orang pekrja yang datang bekerja di tapak surau pada hari ini.

Penulis blog telah meminjam pelan kejuruteraan pada En Azman untuk difotostat di pekan Kajang. 3 salinan pelan yang masing-masing satu salinan berjumlah 5 helai telah difotostat untuk simpanan. Satu untuk fail dan satu untuk AJK yang memantau projek dan satu lagi untuk ditampal pada papan kenyataan. Penduduk boleh datang ke tapak surau untuk melihat pelan tersebut. Untuk tujuan fotostat pada hari ini sahaja RM36 + Rm8 telah dikeluarkan. Jangan bimbang, kebanyakan duit fotostat ditanggung oleh penulis blog. Penulis blog sayang untuk menggunakan dana yang sudah terkumpul. Dana terkumpul khas untuk membiayai kos pembinaan surau sahaja.

Thursday, December 24, 2009

Terima kasih kepada pemilik rumah ini

AJK mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Shauki kerana membenarkan pekerja menggunakan air daripada rumah mereka untuk membuat kerja membancuh simen. Manakala penggunaan elektrik pula saudara Asmadi membenarkan pekerja menyambung extention wire daripada rumah beliau.

Kepada kedua-dua pemilik rumah berhadapan dengan projek pembinaan tapak surau ini, pihak AJK telah memaklumkan kepada kontraktor supaya mereka dapat membuat bayaran penggunaan utiliti tersebut walaupun pemilik kedua-dua rumah ini ingin memberikan secara percuma. Jika kontraktor tidak membayar bil utiliti tersebut, AJK akan memotong bayaran yang akan dibuat kepada kontraktor.

Progress hari ini


Jalan masuk masih belum diturap simen


Kelihatan frame footing dan besi tetulang untuk konkrit


Acuan untuk konkrit footing

Saya tiada masa untuk ke surau

Saya sangat sibuk dengan kerja. Awal-awal pagi lagi saya sudah pergi kerja dan pada malam hari baru balik ke rumah. Nak pergi ke surau badan pula sudah letih dan penat. Mata juga mengantuk. Saya lebih selesa bersolat di rumah sahaja.

Tidak mengapa tuan, asalkan tuan memberi sumbangan mengisi dana pembinaannya sudah cukup.

Saya tidak akan datang ke surau ini walaupun kedudukannya berada di depan mata saya.

Jika begini, tuan tidak perlu membuat sumbangan. Tetapi jika tuan membuat sumbangan, itu adalah langkah yang baik. Kami AJK pembinaan amat menghargainya dan menghormati pendirian tuan.

Saya lansung tidak berminat dengan institusi surau

Tuan akan rugi nanti. Banyak manfaat yang tuan akan perolehi daripada institusi surau. Paling tidak jika tuan ditimpa kesusahan dan memerlukan pertolongan, jemaah surau pasti akan membantu tuan sekeluarga.

Saya tidak memerlukan surau kerana saya adalah penganut agama lain

Hmm.... soalan ini tidak relevan di sini.

Wednesday, December 23, 2009

Progress hari ini

Hari ini jentera backhoe telah mengorek lubang footing. Besi untuk tetulang konkrit juga sudah dihantar ke tapak surau. Penulis blog tidak singgah di tapak surau.Jadi tidak tahu pula apa yang pekerja syarikat buat pada hari ini. Hanya memandang dari jauh sahaja. Apapun hari ini ada kemajuan sedikit.

AJK sangat berharap supaya kontraktor secara konsisten menunjukkan kemajuan pembinaan. Ajk tidak mahu permbinaan tertangguh atau delay dari tempoh sasaran untuk menyiapkannya. Sasaran AJK Ramadhan 2010 surau ini siap dan boleh digunakan. Jika siap, rekabentuk surau ini rasanya agak cantik juga.

Oleh kerana bersebelahan dengan tapak surau ini adalah taman permainan, kecantikan taman permainan ini akan dipelihara. AJK akan memastikan lanskap persekitaran surau akan mesra alam. Jika boleh AJK akan tukar rumput kerbau sedia ada kepada jenis carpet grass atau philiphines grass.. Bunga-bungan atau pokok peneduh yang sesuai juga akan ditanam.

Sehubungan itu kepada penduduk yang masih belum membuat sumbangan, dimohon tuan/puan segera menunjukkan komitmen dengan memberikan jumlah sumbangan yang telah ditetapkan. Jika tidak berupaya, berilah sekadar yang mampu.

Kepada penderma daripada luar kominiti kami, sumbangan daripada tuan/puan juga amat kami hargai.

Untuk menyumbang, kreditkan sahaja sumbangan tuan/puan ke akaun surau as-Syakirin di EON Bank atau melakukan transasksi perbankan internet.

Beza surau dengan rumah ibadat kaum lain

Rumah ibadat penganut agama lain seperti tokong, kuil atau gereja adalah berbeza dengan surau dari sudut penggunaan.

Tokong, kuil dan gereja lazimnya hanya digunakan untuk tujuan keagamaan semata-mata. Bagi kuil dan gereja, perkahwinan penganutnya juga dilakukan di sini. Tokong cina penulis blog tidak tahu. Jika penulis blog tersilap fakta mohon diperbetulkan.

Di surau pula, penggunaannya adalah maksimum. Surau bukan sahaja digunakan untuk tujuan keagamaan tetapi digunakan juga untuk tujuan-tujuan kemasyarakatan. Surau boleh juga dijadikan perpustakaan. Bukan untuk meletak buku-buku agama sahaja. Apa jua judul buku. Tetapi jarang surau ada kemudahan ini kerana tiada siapa yang sanggup untuk membeli beribu-ribu buku sebagai koleksi kerana kosnya tinggi.

Ada juga surau menyediakan gelanggang permainan untuk penduduk berekreasi. Lebihnya di fasa 6 dan 7 ini ialah surau tidak perlu membuat gelanggang permainan kerana gelanggang sudah ada di sediakan pemaju di taman permainan.

Mesej daripada pengunjung

Hari ini penulis blog melihat satu komen yang dikirimkan pengunjung blog. Di bawah adalah mesej yang telah beliau sampaikan.

Kalau ini surau sudah siap,tolong jangan pakai speaker kuat-kuat sangat time sembahyang.. Ini area dikelilingi oleh rumah. Nanti Agama Islam dituduh tidak menghormati privacy Non-Muslim pulak..Islam mesti adil untuk semua manusia..Lagipun banyak baby nak tidur dan budak - budak sekolah mahu baca buku akan rasa terganggu.. please la ye..

Adakah ini suatu provokasi?

Oleh kerana penulisnya tidak cukup berani kerana tiada identiti, berikut komen penulis blog.

Jika penulisnya benar adalah non muslim. Permintaan beliau akan diambil kira. Melalui perbincangan penulis blog dengan AJK yang lain, mereka memohon supaya penulis komen tersebut menghantar surat rasmi kepada AJK dengan memaparkan identiti sebenar.

Namun jika berlaku penyamaran identiti dan penulisnya boleh jadi penduduk muslim sendiri, penulis blog ingin menegaskan amat jarang berlaku individu muslim memprotes sistem pembesar suara digunakan di masjid-masjid atau surau berhampiran dengan rumah mereka.

Lazimnya hanya laungan azan sahaja yang menggunakan outdoor speaker manakala untuk tujuan lain seperti bacaan imam dalam sembahyang, hanya menggunakan indoor speaker. Penggunaan indoor speaker tidak cukup kuat dan bunyi hanya berlegar dalam masjid atau surau sahaja.

Adakah individu muslim tidak suka mendengar azan?

Tidak suka bermakna hati individu tersebut sudah mati. Ini amat bahaya kerana jika mati dibimbangi ia sukar untuk dihidupkan semula.

Berdasarkan pengalaman penulis blog yang mempunyai 4 orang anak. Bunyi azan dari surau lansung tidak mengganggu tidur anak-anak penulis blog semasa mereka masih baby lagi. Biasanya anak penulis blog menangis bila mereka tidak selesa kerana terkencing, tidak sihat atau lapar susu. Sebelum ini rumah penulis blog juga berdekatan surau. Terlalu hampir sebenarnya.

Sudah besar dan bersekolah, bunyi azan atau sebarang bunyi dari surau juga tidak mengganggu masa belajar mereka. Bahkan semasa belajar anak penulis blog membuka radio mendengar muzik. Bukannya perlahan. Agak kuat juga. Pendekkata satu rumah boleh dengar suara muzik daripada radio tersebut.

Penulis blog sewaktu bersekolah dahulu juga bertemankan radio semasa belajar pada malam hari. Terlalu sunyi pada jam 10,11,12 tengahmalam. Mendengar muzik dari radio menghilangkan rasa takut semasa di kampung dahulu. Rumah penulis blog dikelilingi hutan. Malam-malam hari macam-macam bunyi yang pelik-pelik penulis blog dengar. Sekurang-kurangnya bunyi muzik daripada radio menghilangkan semua bunyi-bunyi di sekeliling rumah penulis blog.

Contoh transaksi perbankan internet



Di atas adalah contoh transaksi perbankan internet daripada http://www.maybank2u.com.my/
. Cara detailnya penulis blog tidak tahu. Penulis blog tidak ada akaun dengan maybank.

Tetapi kalau guna http://www.cimbclicks.com.my/ tu tahulah.. Klik di sini untuk mengetahui cara membuat transaksi dengan cimb.

Tuesday, December 22, 2009

Pembinaan masjid dan surau berbeza

Lazimnya pembinaan sebuah masjid akan ditanggung dengan peruntukan kerajaan seratus peratus.Pembinaannya di tenderkan oleh JKR dan iklannnya dimasukkan ke dalam media suratkhabar.

Untuk membina surau pula, AJK penajanya perlu berusaha sendiri mencari dana. Kerajaan tidak menyediakan peruntukan. Namun begitu AJK boleh memohon daripada Lembaga Zakat dengan kadar maksimum tertakluk kepada jumlah ditetapkan. Peruntukan daripada Lembaga Zakat pula bukan semestinya dapat. Bergantung pula kepada kelulusan yang diputuskan dalam mesyuarat lembaga.

Masjid mewakili satu kariah manakala surau menjadi anak kariah bagi satu masjid. Surau As-Syakirin ini apabila siap nanti adalah surau dalam kariah Masjid Kampung Rinching. Selain surau As-Syakirin nanti, bernaung di bawah kariah masjid Kampung Rinching adalah semua surau yang terdapat di kawasan perumahan Bandar Tasik Kesuma, Bandar Rinching dan Taman Pelangi Semenyih serta surau dalam kampung Rinching Hulu dan Rinching Tengah sendiri.

Kempen derma RM10 diteruskan

AJK telah melancarkan kempen derma RM10. Iklan mini akan diedarkan kepada orang ramai. Terpulang kepada sesiapa yang menerima iklan mini tersebut sama ada mahu menderma atau tidak. Jika tidak mahu, AJK berharap kepada penerimanya supaya serahkan sahaja kepada orang lain.

RM10 ini lebih kurang macam kita topup airtime kredit handphone sahaja. Nak buat melalui SMS AJK tidak tahu caranya pula..

Monday, December 21, 2009

Hari ini kontraktor buat apa

Lalu di tapak surau pagi tadi penulis blog sempat singgah sekejap bertanyakan kontraktor. Mengikut Che Man dan Che Lan, hari ini mereka akan buat kotak acuan footing sampai siap. Besi akan datang pada petang nanti. Tidak boleh korek lagi hari ini kerana besi belum sampai. Besi tetulang bersaiz 16Y perlu di bentuk dulu untuk dimasukkan ke dalam kotak acuan footing.

Sebaik lubang dikorek. Kotak acuan footing beserta besi akan dimasukkan. Selepas itu kontraktor akan memanggil lori simen untuk menuang simen ke dalamnya.

Namun lubang footing masih belum dikorek. Cuaca tidak menentu. Jika hujan, lubang-lubang itu akan dimasuki air. Simen tidak boleh dituang di dalamnya.

Mengikut kontraktor lagi. Untuk membuat freamework dan mengikat besi sahaja memerlukan masa seminggu.

Apa-apapun AJK menunggu kemajuan yang ditunjukkan oleh kontraktor.

Sunday, December 20, 2009

Kerja mencari dana pembinaan surau bukan suatu kerja yang mudah

Sepanjang 5 bulan bermula Mei tahun 2009, pencarian dana pembinaan surau as-syakirin bukanlah suatu kerja yang mudah. Pelbagai cara dibuat. Mengedar surat ke rumah penduduk berkali-kali. Mengepos surat. Berjumpa individu tertentu. Mengedar surat secara rambang di beberapa tempat dan lokasi terpilih dan memohon bantuan penduduk supaya mereka dapat berkempen kepada rakan sekerja dan sanak saudara.

AJK terpaksa menebalkan muka. Ya lah..sebagai manusia biasa, rasa malu dan segan tu ada juga.Kerja ini sangat tidak popular. Tidak ramai yang sanggup untuk menjadi AJK pembinaan kerana tidak mahu terlibat dengan usaha mencari dana pembinaannya.

Sedar tidak sedar tempoh kebenaran tamat pada 1 Disember 2009 yang lalu. Derma terkumpul pula berjumlah RM90,000. Walaupun jumlah ini agak besar namun ia masih jauh daripada sasaran AJK iaitu sebanyak Rm196,500 iaitu kos sebenar pembinaan surau As-Syakirin.

Tetapi kos ini tidak termasuk pembinaan bilik air, bilik wuduq dan tempat mandi jenazah yang turut ada dalam pelan pembinaan. AJK menyasarkan pembinaan surau terlebih dahulu. Bilik air boleh dibuat kemudian. Buat permulaan AJK hanya akan mengadakan beberapa paip air buat sementara sahaja.

Sehubungan itu kepada semua penderma yang sudi membantu kami, sumbangan daripada tuan/puan semua amat kami hargai..

Peruntukan daripada Jabatan Perdana Menteri

Setakat ini tiada perkembangan daripada JPM. Terakhir beberapa minggu lalu penulis blog dihubungi seorang wanita memaklumkan beliau dan 2 lagi pegawai daripada jabatan pembangunan persekutuan dalam perjalanan ke tapak surau untuk membuat lawatan tapak.

Pada hari tersebut penulis blog tidak dapat hadir kerana bekerja. En Azwan dan Tn Hj Halim hadir di tapak surau mengiringi pegawai berkenaan. Mengikut En Azwan pegawai tersebut inginkan maklumat lanjut berkaitan dengan permohonan. Berikutan maklumat berkaitan pembinaan surau ini telah dipublish ke internet, En Azwan mengesyorkan pegawai berkenaan mendapatkan maklumat di blog surau sahaja iaitu di http://assyakirin-tps.blogspot.com/. Maklumat pembinaan surau di blog ini adalah lengkap dan sentiasa dikemaskini.

Namun sehingga hari ini AJK tidak pula dihubungi. Seperti diputuskan, AJK tidak akan menunggu peruntukan tersebut. Menunggu AJK akan rugi daripada segi masa. Lagi pula keputusannya tiada dapat ditentukan. Dapatkah atau tidak, tidaklah dapat dipastikan. Jika dapat , AJK bersyukur. AJK mengucapkan terima kasih kepada YB Tn Johan b Aziz ADUN Semenyih yang mengusahakannya. Tidak dapat tidak mengapa. AJK akan usahakan daripada pihak lain pula.

Mohon penduduk tidak berkecuali

AJK amat berharap supaya semua penduduk menunjukkan komitmen terhadap pembinaan surau as-syakirin. AJK telah menetapkan bahawaa setiap rumah menyumbang RM100. Tetapi jika tidak dapat, berilah sekadar yang termampu. Nak beri lebih pula, AJK amat mengalu-alukan.

Kita akan menggunakan surau ini lama. Bukan setahun dua. Malah selagi hayat kita ada jika kita ingin menjadikan fasa 6 dan 7 ini seperti kampung kita sendiri.

Dalam 20 tahun akan datang, kita sendiri sudah tua. Bilangan penduduk yang balik ke kampung berhariraya sudah kurang. Generasi anak-anak kita pula membesar. Barangkali ada yang sudah berkeluarga. Semasa ini mereka pula balik berhariraya ke rumah kita di sini.

Dengan adanya surau as syakirin, ia akan menjadi pelengkap kepada infrasturktur di komuniti kita. Di situ semua penduduk akan berkumpul. Berkenalan antara satu sama lain. Mengeratkan ikatan silaturrahim.

Ada bekerja hari ini

Kontraktor datang bekerja hari ini. Mereka memancang tapak tiang untuk dikorek oleh backhoe pada hari esok. Acuan footing juga sudah siap untuk dimasukkan ke dalam lubang pada besok hari. Tapi kata kontrator itu besi belum beli lagi. Mereka agak bimbang jika hujan turun selepas lubang footing dikorek. Bimbang dimasuki air pula. Air masuk kerja tergendala sedikit.

Pada pondok rehat dan setor menyimpan barang, penulis blog telah menampal beberapa dokumen berkaitan pembinaan surau. Penduduk boleh datang pada masa lapang untuk membaca semua memo yang ditampal di situ. Secara rasminya dinding pondok rehat itu akan menjadi papan kenyataan AJK. Antara dokumen yang ditampal di sini adalah :

1. Surat pengesahan tapak surau daripada MPKJ
2. Surat kelulusan mendirikan bangunan surau daripada JAIS
3. Pelan tapak surau
4. Pelan binaan surau
5. Penyata kewangan
6. Senarai AJK

Saturday, December 19, 2009

Kerja membina struktur bangunan tidak boleh terbengkalai

Peringkat awal AJK telah memaklumkan penduduk bahawa kita memerlukan RM70,000 bagi memulakan pembinaan kerana untuk membina sturktur bangunan, pembinaannya tidak boleh berhenti. Struktur bangunan tidak boleh disambung-sambung kemudian kerana dibimbangi bangunan menjadi tidak kukuh.

Dengan dana semasa yang ada sebanyak RM90,000 AJK telah melebih sasaran untuk menampung kos pembinaan struktur bangunan. Namun selepas itu dana pembinaan surau As-Syakirin akan habis.

Sekiranya derma tidak lagi diterima, pembinaan akan diberhentikan sehinggalah dana kembali mencukupi.

Jadi kami AJK pembinaan surau As-Syakirin amat berharap supaya pembinaan surau As-Syakirin tidak akan berhenti. Sasaran AJK sebelum Ramadhan 2010, surau ini akan siap 100%.

Sehubungan itu mohon kepada semua penderma yang sudi, sumbangan daripada tuan/puan amat kami hargai. Mudahan-mudahan bertambah rezeki tuan/puan di masa-masa akan datang.

Seperti kata penulis blog manfaat daripada pengorbanan harta kita ini tidak nampak sekarang. Tidak kita mendapatnya, waris-waris kita akan menerima manfaatnya.

Sama ada kita sedar atau tidak, kadangkala Tuhan Sekalian Alam memberikan manfaatnya kepada kita dalam pelbagai bentuk. Boleh jadi anak-anak kita akan berjaya dalam pelajaran. Setelah dewasa mereka berjaya pula dalam kehidupan. Berjaya dalam kehidupan, mereka akan membalas semula jasa kedua ibubapa mereka. Pendekkata ganjaran daripada Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang cukup banyak.

Jalan masuk mula dibina



Framework untuk footing.
Mengikut pelan saiz footing ialah 4 kaki X 4 kaki dengan kedalaman 1 kaki setengah. Footing ini untuk menampung beban bangunan dan juga sebagai asas konkrit tiang dan ground beam



Pekerja syarikat sedang membaca engeneering pelan




Jentera backhoe atau Case sedang membina jalan masuk ke tapak surau untuk memudahkan lori menghantar bahan binaan. Mengikut kontraktor backhoe ini disewa dengan kadar sewaan RM400 sehari. Hari ini buat jalan masuk sahaja.

Besok pekerja cuti. Semalam Jumaat pekerja turt cuti sempena Maal Hijrah.

Hari Isnin kerja akan disambung semula. Kerja-kerja mengorek lubang footing akan diteruskan.

Hari ini kerja menyiapkan framework akan diteruskan.

RM8500 lagi sudah dibayar

AJK sudah membayar RM8500 lagi bagi 10% pertama kepada kontraktor menjadikan jumlah bayaran kepada kontraktor setakat ini adalah RM18,000.

Sehubungan itu AJK berharap supaya kontraktor segera melaksanakan kerja-kerja pembinaan yang sepatutnya mengikut perjanjian yang dipersetujui. Sasaran AJK adalah surau akan siap sebelum Ramadhan tahun 2010 ini.

Kepada semua penderma yang ingin membantu kami memastikan dana pembinaan surau As-Syakirin berjaya terkumpul seperti disasarkan, mohon tuan/puan terus memberikan sumbangan dan atas sumbangan tersebut AJK mengucapkan ribuan terima kasih..

Thursday, December 17, 2009

Ilmu kira-kira

Sumber kewangan mengisi dana pembinaan surau as-Syakirin

Jumlah kos binaan surau = RM196,500
Jumlah derma setakat ini =RM90,300
Baki yang tidak cukup = RM106,200


Sumber untuk mendapatkan baki

Lembaga Zakat Selangor = RM50,000
Sumbangan daripada penderma baru = RM56,200

Untuk mendapatkan peruntukan daripada Lembaga Zakat Selangor, AJK perlu mengumpul dana sebanyak RM56,200 terlebih dahulu. Ini kerana lazimnya Lembaga Zakat hanya memberi peruntukan untuk menyiapkan surau dengan kadar maksimum sebanyak RM50,000.

Sehubungan itu kami AJK pembinaan Surau As-Syakirin amat berharap semua penduduk yang masih belum membuat sumbangan supaya segera berbuat demikian.

Kepada penderma daripada luar komuniti kami, sumbangan yang pihak tuan/puan berikan dalam membantu kami menambah dana pembinaan surau A-Syakirin ini amat dihargai.

Nota : Jika derma mencapai sasaran, AJK mungkin tidak memerlukan bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor.

Penyata keluar masuk wang

Penerimaan

1. Sumbangan daripada penderma = RM 98,000

Pembayaran

1. Pembayaran 10% pertama kepada kontraktor = RM18,000
10/1/2010 : Pembayaran kedua = Rm15,000

Baki

RM98,000 - RM33,000 = RM65,000


Nota :
Jumlah digenapkan kepada nombor terhampir
Penyata lengkap penerimaan dan pembayaran sedang dikemaskini..

RUANGAN INI SUDAH TIDAK DIKEMASKINI LAGI

Khamis. Hari keempat progress

Hari ini pekerja syarikat msih melakukan kerja-kerja menyediakan framework atau rangka acuan untuk konkrit tapak surau as-syakirin. Hanya 2 pekerja sahaja kelihatan membuat kerja. Dalam dua hari ini hujan pada sebelah petang. Jika hujan tidak lah dapat kerja menuang simen dilakukan.

Mengikut kata encik kamaruzaman, beberapa hari lagi mereka akan mengupah backhoe / jentera case untuk membuat jalan masuk dan mengorek lubang untuk memasang footing.

Sebaik lubang sudah digali, kontraktor akan memanggil lori simen yang macam siput itu untuk menuang simen ke dalam tapak asas bangunan surau. istilahnya ground beam .Entahlah ..penulis blog tidak faham sangat teknikal pembinaan bangunan. Hanya mampu tengok sahaja apa yang berlaku.

Sebaik footing siap untuk mula memasang tiang konkrit, 5 atau 7 orang pekerja akan melakukannya mengikut kata kontraktor lagi. Setakat ini hanya 2 pekerja sahaja melakukan kerja-kerja membuat framework. Katanya untuk kerja ini tidak perlu ramai. Kini pekerja syarikat Az Asia enterprise menyewa di aparment Seksyen 5 Bandar Rinching untuk senang dan dekat pergi bekerja.

Wednesday, December 16, 2009

Bantuan blogger juga diucapkan terima kasih

Kepada bloger-bloger yang terbaca blog ini, kami amat berterima kasih sekiranya pihak tuan sedia menyambungkan atau membuat link url http://assyakirin-tps.blogspot.com ini di dalam blog masing-masing.

SMS pada rakan-rakan sekerja, kawan-kawan, sanak saudara juga boleh. Taipkan sahaja, layari http://assyakirin-tps.blogspot.com jika tuan ingin membuat kebajikan.

Antara ASTRO dan perkhidmatan Internet

Rumah penulis blog tiada ASTRO. Bukan tidak mahu melanggan , tetapi penulis blog mempunyai 4 orang anak-anak yang masih belajar. Seorang darjah 3, seorang darjah 5, seorang tingkatan 1 dan seorang lagi tingkatan 4. Dalam hati memang teringin sangat hendak melanggan ASTRO.

Namun perkhdimatan ASTRO penulis blog tidak memberikan prioriti dalam rumah penulis blog. ASTRO hanya untuk alat untuk penulis blog mendapatkan hiburan selain mendapatkan sedikit maklumat daripada program Discovery Channel, National Georaphic , Travel and adventures dan lain-lain program bercorak pendidikan. Tapi ada banyak kartun di dalamnya juga. Pasti anak-anak penulis blog akan leka mengadap TV sahaja. Sekali dua bolehlah dimarah. Kalau selalu tak larat juga. payah-payah baik tak ada sahaja..

Tetapi perkhidmatan internet penulis blog rasa suatu kemestian. Banyak ilmu dan maklumat boleh diperolhei daripada internet. Rugi sangat bagi rumah-rumah yang tidak memiliki internet. Internet boleh dimanfaatkan untuk pembelajaran. Dalam internet yang bermanfaat banyak, yang maklumat macam sampah pun banyak juga. Pandai-padnailah kita memilihnya.

Penulis blog percaya, jika semua penduduk di fasa 6 dan 7 ini mempunyai perkhidmatan internet berbanding setiap rumah memiliki set TV ASTRO, blog surau as-syakirin ini dapat diakses oleh mereka. Penulis blog amat yakin, pasti semua penduduk tidak akan bertangguh lagi untuk memberikan sumbangan mengisi dana pembinaan surau As-Syakirin.

Sebenarnya ramai penduduk tidak dapat maklumat mengenai pembinaan surau ini. Membaca banner dijalan masuk tidak cukup untuk mendapatkan maklumat pembinaan surau ini. Sebelum ini ada juga AJK mengedarkan surat-surat kepada penduduk tetapi AJK sudah agak penat mengedar surat dan borang-borang tersebut. Seingat penulis blog, surat dan borang yang sama termasuk penyata sudah diedar ke rumah penduduk sebanyak 3 atau 4 kali. Letih juga meronda rumah-rumah penduduk untuk mengedar dokumen berkenaan. Selain itu membuat edaran menggunakan kos untuk fotastat. Sekali edar habis juga RM50 ke Rm100 untuk kos cetakan. Dengan blog semuanya percuma. Tiada kos perlu dikeluarkan.

Jadi yang senangnya adalah menulis di blog. Memaparkan info pembinaan surau di internet. Tetapi penduduk pula tiada perkhdimatan internet di rumah.

okey lah kalau begini, penulis blog ingin mengempen semua penduduk, langganlah perkhidmatan internet. Penulis blog memilih pakej streamyx combo RM60 sebulan dengan kelajuan 384K. Pakai ke tak pakai ke bayaran tetap RM60 sebulan. Sama jugalah macam bil langganan ASTRO. Rm60 sebulan juga. Itu jika yang basic. Tambah channel movie dan sport mahu RM90 sebulan.

:-)

Kerja hari ini

Penulis blog telah memantau kerja-kerja di tapak surau. Hari ini 3 orang pekerja AZ Asia Enterprise membina setor untuk menyimpan alatan seperti simen, cangkul,sekop dll bersaiz 8 X 8 kaki bersekali dengan pondok tempat berehat melepas lelah. Pondok dan stor sudah siap.

Di luar kelihatan timbunan kayu dan papan lapis yang tebal.

Rasa-rasa kerja selepas ini adalah untuk membina laluan masuk dengan konkrit kerana ada longkang untuk masuk ke tapak surau. Jika tak buat jalan masuk dengan konkrit ini bermakna lori tidak dapat masuk ke tapak surau untuk meghnatar bahan binaan seperti batu, simen, pasir dan yang lain-lainnya.

Hari ini masuk hari kedua pekerja syarikat memulakan kerja pembinaan

Hari pertama Isnin 14/12/2009
arkitex, surveyor dan kontarktor menentukan sempadan tapak surau, menentukan point tapak binaan surau. beberapa bahan binaan juga telah dihantar ke tapak surau untuk membina pondok rehat dan setor simpanan peralatan dan bahan binaan.

Hari kedua Selasa 15/12/2009
Pondok rehat dan setor simpanan barang siap

Hari ketiga Rabu 16/12/2009
Potong papan lapis dan kayu buat acuan konkrit untuk footing

Hari keempat Khamis 17/12/2009
Masih buat framework

Hari kelima Jumaat 18/12/2009
Pekerja cuti. Masa suntuk hari ini sebab nak pergi solat Jumaat.

Hari keenam Sabtu 19/12/2009
Bachoe atau jentera Case datang buat jalan masuk

Hari ketujuh Ahad 20/12/2009
Kontraktor datang memancang dan menandakan lubang tiang untuk dikorek jentera backhoe hari esok.

Apabila surau mula dibina, penulis blog akan mengambil gambar dari masa ke semasa. Sila tunggu...

Ingin melihat surau ini disiapkan tanpa sebarang masalah dan dalam tempoh masa ditetapkan.. Bantu kami dengan menghulurkan sumbangan bagi mengisi dana membiayai kos pembinaannya.

Kontraktor memberi jaminan, bangunan surau boleh disiapkan dalam tempoh 6 bulan dari sekarang. Tetapi jika dana hanya berjumlah dalam lingkungan Rm90,000 , dalam tempoh 3 bulan pembinaan akan dihentikan kerana duit sudah habis dibayar kepada kontraktor bagi peringkat kerja yang sudah ditetapkan..

Dana kembali cukup, kontraktor akan kembali menyambung kerja. Hal ini telah dipersetujui antara AJK dengan kontraktor iaitu surau akan dibina mengikut kewangan semasa yang ada sahaja. Duit habis, pembinaan dihentikan. Ada duit semula, kerja disambung sehinggalah bangunan siap 100%.

Jika boleh AJK ingin melihat bangunan ini siap 100% sebelum berakhir bulan Jun 2010.

Tuesday, December 15, 2009

Perasmian Surau As-Syakirin

Belum nak dirasmikan lagi suraunya. Surau As-Syakirin belum siap lagi. Sudah siap nanti AJK bercadang untuk mengadakan majlis perasmiannya.

Sehubungan itu kepada semua penduduk, mari kita pastikan surau ini dapat disiapkan sebelum berakhir bulan Jun 2010 ini. Segeralah menghulurkan sumbangan menambah dana pembinaannnya.

Kepada penderma daripada luar komunuti kami, sumbangan daripada tuan/puan juga amat kami hargai.

AJK perlu mencari dana sebanyak lebihkurang RM100,000 lagi bagi memastikan pembinaan Surau As-Syakirin tidak berhenti separuh jalan.

Terima kasih juga kepada pihak berikut

1. Majlis Perbandaran Kajang -pengesahan tapak dan kelulusan rancangan pembangunan
2. Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat - sokongan pembinaan surau as-Syakirin
3. Jabatan Agama Islam Negeri Selangor - kelulusan pembinaana surau As-Syakirin
4. Majlis Agama Islam Negeri Selangor - Kebenaran memohon derma
5. Semua penduduk yang menjadi penderma
6. Semua individu/pengarah dan pengurus syarikat dan komuniti luar yang turut memberi sumbangan mengisi dana pembinaan Surau As-Syakirin
7. Semua AJK Pembinaan Surau As-Syakirin

Kredit untuk arkitex , surveyor , engineer dan consultant

1. Pelukis pelan binaan surau As-Syakirin

ARKITEX LAKAREQA
Menyediakan perkhidmatan pelan rumah, pelan renovation dll
Hubungi En Nik di talian 012 669 5849

2. Pelukis pelan struktur / engineering plan bangunan surau As-Syakirin

--kena cari bisness kad dulu..

3. Surveyor - Juru ukur sempadan tapak dan ukur tapak bangunan surau As-Syakirin

PERUNDING UKUR SETARA ALAM
Izham Ibrahim 013-693 5749
engineering survey,topography,hydography,GPS surveying,underground utilities mapping

4. Consultant - Juru Perunding projek untuk submit rancangan pembangunan ke MPKj

HRC

Dalam proses kemaskini..

Terima kasih sahabatku..

Email peribadi penulis blog pagi ini dimasuki oleh email rakan penulis blog yang telah membuat transaksi perbankan internet. Kepada beliau, penulis blog mengucapkan ribuan terima kasih. Mudah-mudahan dimurahkan rezeki beliau sekeluarga. Penulis blog turut mendoakan kesejahteraan rakan penulis blog ini sekeluarga. Amin.



Print screen tranfer fund from http://www.cimbclicks.com.my/

14 sebab mengapa penduduk fasa 6 dan 7 perlukan surau

1. Di fasa 6 dan 7 sudah ada persatuan penduduk. Surau pula tiada. Entiti surau lebih penting daripada persatuan.
2. Solat jemaah di surau
3. Tempat tetamu bermusafir. Kes sanak-saudara datang apabila ada kenduri kawin. Surau tempat yang selesa untuk berehat atau bertanggak.
4. Mesyuarat rewang majlis perkahwinan di sini
5. Tempat akad nikah anak-anak penduduk. Buat di surau lebih berkat daripada buat di rumah
6. Tempat solat tarawikh dan solat sunat hari raya Aidilfitri dan Aidiladha
7. Melatih kanak-kanak . Satu proses pentarbiahan.
8. Tempat penduduk fasa 6 dan 7 berkumpul untuk pelbagai tujuan
9. Tempat perjumpaan perkumpulan HELWA kaum wanita
10. Pusat logistik pengurusan jenazah
11. Menyediakan infrastruktur untuk penduduk
12. Untuk penduduk yang ingin menjimatkan kos perbelanjaan kenduri kahwin, bergotong-royong memasak di surau boleh diaturkan.
13. Sambutan hari-hari kebesaran Islam
14. Surau juga boleh dijadikan pos kawalan keselamatan.

Siapa yang menerima manfaat daripada pembinaan surau ini.

Penulis blog ada gaji sendiri. Setiap bulan penulis blog menerima gaji secara tetap daripada kerajaan hasil usaha penulis blog dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan kepada penulis blog.Penulis blog tidak perlu mencari pendapatan tambahan. Gaji penulis blog cukup untuk menanggung nafkah keluarga penulis blog.

Namun bagi yang bekerja sendiri atau yang meniaga, mereka perlu berusaha lebih untuk mencari pendapatan. Malas berusaha alamatnya tiada duit . Tiada kerja, duit juga tidak masuk.Tiada duit, tidaklah dapat membeli barangan keperluan harian pula.

Seperti kata penulis blog, dalam duit kita ada hak orang lain di dalamnya. Kita mendermakan sedikit duit kita bagi menanggung kos pembinaan surau ini akan memberi rezeki kepada orang lain untuk mereka menanggung nafkah menyara keluarga. Menyara perbelanjaan harian isteri serta anak-anak. Ada lebihan wang diterima, boleh berbelanja dan hidup selesa sedikit.

Siapakah yang mendapat manfaat daripada pembinaan surau ini. Berikut penulis blog senaraikan individu tersebut:

1. Arkitex - Kami dapat percuma perkhidmatan ini. En Nik daripada arkitex Lakareqa hanya meminta kos cetakan pelan binaan surau sahaja.

2. Syarikat kejuruteraan - juga plan kejuruteraan yang disediakan mereka secara percuma juga

3. Surveyor - juga percuma

4. HRC Consultan - kos submit draf rancangan pembangunan surau as-Syakirin ke MPKJ. RM595 .

5. Pemilik dan pekerja-pekerja syarikat AZ Asia Enterprise yang menjadikan pembinaan surau ini sebagai salah satu bentuk pendapatan syarikat.

6. Syarikat jurujual bahan binaan- Taukeh, Pekerja,Pemandu lori.

7. Pekerja-pekerja kilang bahan-bahan binaan.

8. Kerajaan juga dapat cukai secara tidak lansung dalam jualan bahan binaan tersebut. LHDN juga dapat cukai daripada pendapatan syarikat.

Kita pula dapat apa? memang tak dapat apa...tapi cuba fikirkan jika kita berkedudukan sebagai seorang kontraktor. Pekerja-pekerja syarikat berorientasikan perniagaan dalam bidang pembinaan...kita memerlukan projek untuk menjana pendapatan syarikat. Pendapatan syarikat pula di salurkan untuk membayar upah kepada pekerja-pekerja kita termasuklah diri kita sendiri .

Dengan duit yang diterima kita beli pula barang-barang di kedai. Orang lain pula mendapat manfaat daripadanya.

Progress payment


KERJA-KERJA MEMBINA STRUKTUR BANGUNAN:

1. Kerja-kerja awalan bagi penyediaan tapak binaan : siap dan sudah bayar RM18,000

2. Kerja-kerja asas dan pertapakan bangunan -siap dan sudah bayar RM15,000

3. Kerja-kerja membina konkrit bertetulang ground beam serta tiang konkrit bertetulang -siap dan sudah bayar RM14,000

4. Kerja-kerja membina lantai konkrit bertetulang -siap dan sudah bayar RM9000.

5. Kerja-kerja membina konkrit bertetulang intermediate beam level, tiang konkrit dan membina konkrit bertutulang top beeam level.- sidap dan sudah bayar
RM14000

6. Kerja-kerja membina dan memasang bata simen berserta membekal frame tingkap dan pintu -siap dan sudah bayar RM17,000

10. Kerja-kerja membina anjung depan, belakang, sisi kiri dan kanan beserta arch, tangga dan tembok termasuk aksesori -siap dan sudah bayar RM14,000

7. Kerja-kerja membuat dan memasang kerangka bumbung dan membekal dan memasang concrete roof tile - belum siap- sudah bayar pendahuluan RM20,000 sehingga 11 Mei 2010 (jumlah semua RM32,000)

----kerja-kerja di atas sudah dibayar---RM121,000---

8. Kerja-kerja kemasan plaster luar dan dalam bangunan - RM14,000-belum siap dan belum bayar

9. Kerja-kerja pendawaian elektrik berkonduit bagi lampu, plug point dan kipas - RM12,000 belum siap dan belum bayar

11. Kerja-kerja mengecat bahagian dalam dan luar bangunan -RM8,000 belum siap dan belum bayar

12. Kerja-kerja membekal dan memasang lampu, kipas, plug aksesori dan unit DB -RM5,000 belum siap dan belum bayar

13. Kerja-kerja membekal dan memasang pintu, tingkap dan pintu casement beserta aksesori- Rm14,500-belum siap dan belum bayar

14. Kerja-kerja membina apron dan longkang sisi bangunan- RM8,000 -belum siap dan belum bayar

15. Kerja-kerja pembersihan dan pembuangan sisa binaan- RM2,000-belum siap dan belum bayar

NOTA: SUDAH BAYAR HABIS SEBANYAK RM194,500

Sebutharga kos pembinaan surau di sini





Monday, December 14, 2009

Perbankan internet bank-bank tempatan

Jika tuan/puan ada akaun perbankan internet dengan mana-mana bank di bawah, tuan/puan boleh membuat sumbangan dengan memindahkan bayaran ke akaun surau As-Syakirin.

Klik mana-mana satu link di bawah untuk mula menyumbang dana pembinaan Surau As-Syakirin.

http://www.maybank2u.com/
http://www.cimbclicks.com.my/
https://www.bankislam.biz/
http://www.rhbbank.com.my/
http://www.publicbank.com.my/

Lihat cawangan EON bank di entry ini

Berikut adalah link untuk melihat cawangan-cawangan EON Bank di seluruh Malaysia.
Penderma boleh mendapatkan maklumat alamat cawangan EON Bank untuk tujuan mengkredit terus sumbangan menggunakan mesin deposit tunai atau mesin deposit cek EON Bank.

Selamat menderma....

Kami ,AJK Pembinaan Surau As-Syakirin mengucapkan ribuan terimakasih atas kesudian pihak tuan/puan membantu kami menambah dana pembinaan Surau As-Syakirin Taman Pelangi Semenyih.

http://www.eonbank.com.my/group/contactus/branch_locator.asp?locationid=ASR

Saya berniat untuk wakaf dan memberi zakat

Niat berwakaf atau bernazar juga adalah satu cara penderma menyumbang dalam mengisi dana pembinaan surau As-Syakirin.

Bagaimana untuk menunaikan zakat? Maaf..bendahari bukannya amil zakat. Untuk menunaikan zakat, penderma boleh terus membayar zakat terus kepada Lembaga Zakat Selangor. Penderma boleh mendapatkan nasihat daripada Lembaga Zakat Selangor jika timbul keraguan dalam hal ini.

Untuk makluman penderma, AJK akan memohon dana daripada Lembaga Zakat Selangor .Namun untuk tujuan ini, Surau As-Syakirin perlu siap sekurang-kurangnya 50% dengan peruntukan maksimum oleh Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM50,000.

Namun sekiranya dana terkumpul daripada penderma mencapai sasaran, AJK tidak akan memohon peruntukan daripada Lembaga Zakat Selangor.

Dedikasikan sumbangan tuan/puan untuk orang tersayang

Salah satu cara mengingati orang tersayang iaitu ahli keluarga kita yang telah pergi meninggalkan alam yang fana ini adalah dengan mendedikasikan derma khas, untuk arwah tersebut.

Cara ini adalah sama seperti kita bersedekah untuk tahlil arwah pada malam-malam bulan Ramadhan.

Sumbangan tuan/puan dengan cara ini akan ditulis sebagai:

1. Terima derma daripada (penderma) untuk arwah .................
2. Derma di dedikasi untuk arwah............ Terima daripada (nama penderma)

Penyata bertarikh 30 Nov 2009


Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

Kepada penduduk-penduduk fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih, dimaklumkan satu taklimat kali kedua pembinaan Surau As-Syakirin akan dilaksanakan sebaik sahaja bangunan surau siap dalam 20% . Tarikhnya belum ditentukan lagi.

Diharap semua penduduk tidak menguzurkan diri untuk hadir dalam sesi taklimat tersebut. Kehadiran semua penduduk amat penting bagi mendapatkan maklumat pembinaan Surau As-Syakirin yang sedang dilaksanakan.

Pada hari tersebut, bendahari akan membukakaunter sumbangan mengisi dana tabung pembinaan Surau As-Syakirin khusus untuk penduduk-penduduk yang ingin menghuluskan sumbangan pada hari berkenaan.

Kepada semua penduduk dalam taklimat pembangunan surau kali pertama dahulu telah ditegaskan supaya penduduk tidak mempunyai pendirian berkecuali sama ada mahu atau tidak surau di bangunkan. Jika penduduk mahu kepada surau berkenaan, AJK amat berharap penduduk memberikan komitmen dengan segera membuat sumbangan menambah dana pembinaan Surau As-Syakirin. Bagi yang tidak mahu surau tidak mengapa. Tuan/puan tidak perlu membuat sumbangan.

Yang mengambil pendirian tunggu dan lihat atau mengambil pendirian atas pagar juga akan diambil kira sebagai penduduk yang tidak mahukan surau. Penduduk dalam kategori ini juga tidak perlu membuat sumbangan mengisi dana pembinaan surau As-Syakirin.

Sunggguhpun begitu AJK tetap beranggapan, semua penduduk memerlukan surau As-Syakirin. Sehubungan itu segeralah membuat sumbangan. Mari kita sama-sama berpakat. Sama-sama berkorban harta dan wang ringgit. RM100 bukanlah satu jumlah yang besar pada hari ini. Duit di simpan akan habis. Banyak mana sekalipun tidak akan cukup.

Menyumbanglah untuk mengisi dana tabung pembinaan Surau As-Syakirin...sekali sahaja dalam tempoh kita menduduki fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih ini. Kita tidak akan rugi jika menghulurkan sumbangan sebanyak RM100 ini. Percayalah.. pada masa akan datang, insyaAllah, rezeki kita akan bertambah lagi..Tidak kita yang mendapatnya, anak-anak kita, waris-waris kita akan mendapat manfaatnya.

Marilah kita hayati pepatah melayu lama ini ' Bulat Air Kerana Pembetung.Bulat Manusia Kerana Muafakat " marilah kita mengamalkannya dengan bermuafakat bersama-sama memastikan surau As-Syakirin berjaya disiapkan 100% dengan kita sendiri memberikan sedikit sumbangan dalam menanggung kos pembinaannya.

Penyata bank bertarikh 30 November 2009 telah diterima

hari ini penyata bank bertarikh 30 Nov 2009 telah diterima. Tercatat jumlah derma terkumpul adalah sebanyak RM 90,362.49 sen. AJK mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penderma.

Ini bermakna AJK memerlukan sebanyak lebih kurang RM100,000 sahaja lagi bagi memastikan kos pembinaan surau As-Syakirin mencapai sasaran dan surau dapat di siapkan tanpa menghadapi risiko terbengkalai.

Kepada semua penduduk dan penderma daripada luar komuniti kami, teruskan menghulurkan sumbangan. Moga-moga pengorbanan harta yang tuan/tuan berikan menambahkan keberkatan. Semoga sumbangan tuan/puan akan diganti semula oleh Tuhan Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang dengan menambahkan lagi rezeki tuan/puan di masa-masa yang akan datang.

Amin.

Mula kerja hari ini

En Zakri kontraktor AZ Asia Enterprise memaklumkan penulis blog bahawa hari ini beliau akan membawa surveyor untuk melaksanakan prosedur menentukan sempadan tanah surau.

Seawal jam 9:00 pagi En Zakri dan rakan-rakannya daripada syarikat AZ Asia Enterprise telah datang ke tapak surau. Turut hadir di tapak surau adalah En Nik dari Arkitek Lakareqa serta Surveyor.

Surveryor telah mengukur sempadan tapak surau serta menentukan point sempadan bangunan surau.

Seperti dijanjikan En Nik melalui syarikat kejuruteraan rakannya telah bermurah hari menyediakan pelan kejuruteraan secara percuma. Penulis blog telah melihat pelan tersebut tetapi satu apa pun penulis blog tidak faham. Semua drawing bersifat teknikal. Hanya yang menceburi bidang pembinaan sahaja yang tahu membacanya.

KERJA HARI INI

Saturday, December 12, 2009

Proses audit

Kini bendahari sedang dalam proses menyediakan dokumen untuk tujuan membuat laporan kepada pihak Majlis Agama Islam Negeri Selangor memandangkan tempoh memungut derma telah tamat pada 1 Disember 2009 yang lalu. Jumlah derma yang berjaya dikumpul adalah sebanyak RM83000.

Dengan duit sebanyak RM83000 ini AJK telah bersetuju untuk memulakan pembinaan dan dengan jumlah ini pembinaan surau hanya di tahap pembinaan struktur sahaja iaitu ground beam , tiang konkrit serta top beam untuk sokongan rangka bumbung.

Pembinaan akan dihentikan sebaik sahaja wang RM83000 ini habis dibayar kepada kontraktor.

Sehubungan itu, AJK amat berharap kepada penderma-penderma untuk terus menghulurkan sumbangan menambah dana pembinaan Surau As-Syakirin.

Sekiranya dana mencukupi, AJK akan meminta kontraktor meneruskan progress pembinaan yang seterusnya sehingga surau As-Syakirin siap 100%.

En Zakri sudah hantar barang binaan

Jam 3.30 petang tadi En Zakri sudah mula menghantar barang iaitu kayu dan zink. Kayu digunakan untuk buat pondok simpanan barang seperti simen dan sebagainya. Kayu tersebut juga untuk membuat frame acuan tiang konkrit atau topang frem acuan itu nanti.

Hari Isnin ini kerja-kerja ukuran semula tapak akan dilaksanakan bersama arkitex dan surveyor.Katanya untuk cari point tiang dan sebagainya. Apa pun kemajuan sudah ada.

Kepada penduduk mohon tuan/puan segera menunjukkan komitmen dengan memberi sumbangan untuk membangunkan surau di komuniti kita ini.

Kepada penderma dari luar komuniti kami, terima kasih atas bantuan tuan-puan semua. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas sumbangan yang pihak tuan/puan berikan.

FAQ

Soalan : Tuan, kami ingin menderma.. bagaimana caranya?

Jawapan : Cukup mudah. Penderma boleh mengkredit terus sumbangan menggunakan mesin deposit tunai EON Bank. Carilah mesin ATM bank berkenaan di mana-mana yang terjumpa. Mesin ini dibuka pada malam hari sehingga jam 12.00 tengahmalam.

Soalan : Jika sudah terjumpa apa nombor akaunnya?

Jawapan : No akaun nya adalah 0675-11-000223-3 Nama akaun pula SURAU AS-SYAKIRIN. Ingat... pastikan EON Bank, bukan bank lain.

Soalan : Saya tidak pandai menggunakan mesin deposit tunai itu. Bagaimana caranya pula?

Jawapan : Baik. Apabila terjumpa mesin itu,ikutilah cara-cara di bawah..

1. Tekan sebarang kekunci untuk aktifkan mesin
2. Mula-mula pilih bahasa. Pilihlah bahasa melayu.
3. Kemudian pilih akaun simpanan /akaun semasa
4. Masukkan nombor akaun 0675-11-000223-3
5. Pastikan SURAU AS-SYAKIRIN dipaparkan pada skrin
6. Slot wang masuk terbuka dan masukkan jumlah sumbangan misalnya RM100
7. Tekan teruskan
8. Slot wang masuk akan ditutup dan proses pengiraan bermula
9. Tekan Ya jika jumlah betul.
10. Tunggu resit simpanan dicetak

Hantar slip deposit tersebut ke alamat Jawatankuasa Pembinaan Surau As-Syakirin, d/a No 40 jalan TPS 4/5 , Taman Pelangi Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor untuk tujuan pengeluaran resit rasmi. Penderma boleh juga scan resit dan emailkan kepada assyakirin.tps@gmail.com . Jika penderma tidak menghantar resit cetakan tersebut, tidaklah dapat resit rasmi dikeluarkan.

Soalan: Ada cara lain tak untuk menderma?

Jawapan: Ada . Tuan/puan boleh menggunakan kiriman wang pos atau cek dan hantarkan ke alamat yang sama seperti di atas. Penderma juga boleh melakukan transaksi perbankan internet contohnya di http://www.maybank2u.com.my/ , http://www.cimbclicks.com.my/ atau mana-mana perbankan internet yang penderma ada akaun di dalamnya.

Soalan : Saya nak beri terus wang tunai kepada AJK. Kemana saya perlu pergi.

Jawapan: Penderma boleh terus pergi ke rumah Pengerusi di No 40, Jln TPS 4/5, Taman Pelangi Semenyih atau ke rumah bendahari di No 13 Jln TPS 4/8 Taman Pelangi Semenyih. Telefon 013-2937679 untuk temujanji.

Tempoh memungut derma sudah tamat

Pada 1 Disember 2009 yang lalu adalah tarikh berakhir kebenaran memungut derma daripada orang ramai untuk mengisi dana pembinaan surau As-Syakirin. Namun jumlah derma yang berjaya dikumpulkan adalah jauh dari sasaran iaitu Rm200,000.

Derma yang berjaya dikumpul cuma berjumlah RM83,000 sahaja. Ini bermakna AJK masih memerlukan RM110,000 lagi bagi memastikan pembinaan tidak terbengkalai.

Sehubungan itu kepada semua penduduk dan ahli komuniti luar sumbangan daripada tuan/puan amat diharapkan.

Tuesday, December 8, 2009

Ramadhan 2010 surau as-Syakirin sedia digunakan

AJK menyasarkan pada Ramadhan Tahun 2010 , Surau As-Syakirin siap dan sedia digunakan untuk melaksanakan solat sunat Tarawikh.

Sehubungan itu kepada semua penduduk fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih yang masih belum membuat sumbangan, dimohon tuan/puan segera menyumbang menambah dana pembinaan Surau As-Syakirin.

Kepada penderma daripada komuniti luar, kesudian tuan/puan membantu dan menghulurkan sumbangan bagi kami merealisasikan pembinaan surau As-Syakirin amat kami hargai.

Kepada pengurus-pengurus syarikat, tokoh korporat , para jutawan serta dermawan, terima kasih atas tanggungjawab sosial yang pihak tuan/puan berikan kerana turut membantu kami menambah dana pembinaan Surau As-Syakirin.

Jangan lupa, untuk menyumbang kreditkan sahaja sumbangan tuan/puan ke dalam akaun SURAU AS-SYAKIRIN, Nombor akaun 0675-11-000223-3 di EON Bank .

Saturday, December 5, 2009

RM9500 sudah dibayar kepada kontraktor

Hari ini sebanyak RM9500 telah dibayar kepada kontraktor bagi memulakan kerja-kerja awal pertapakan bangunan. Kerja yang akan dibuat dahulu adalah membuat jalan masuk supaya lori dapat masuk untuk menghantar bahan binaan.

Persatuan Penduduk fasa 6 dan 7

Hari ini penulis blog sudah dapat surat edaran aktiviti Persatuan Penduduk fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih. Tahniah atas tindakan AJKnya.

Kepada semua penduduk, di ingatkan kita perlukan 2 indentiti di komuniti ini. Pertama surau dan kedua sebuah persatuan bagi menjamin kebajikan penduduk.

Berikut penulis blog senaraikan aktiviti-aktiviti kedua entiti ini.

Surau As-syakirin fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih:

1. Tempat penduduk muslim berkumpul
2. Tempat solat berjemaah solat fardhu dan sunat
3. Tempat aktiviti-aktiviti atau prgram keagamaan
4. Tempat menguruskan urusan menyempurna jenazah
5. Tempat berehat tetamu / bertanggak ( Jika ada penduduk membuat majlis kenduri kahwin )

Persatuan penduduk fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih:

1. Menjaga infrastuktur dalam taman. Contoh memohon menurap semula jalan yang rosak.
2. Berhubung dengan pihak berkuasa tempatan perkaitan perkhidmatan seperti sampah tidak dikutip, anjing liar, pembersihan longkang dan rumput di padang awam dan rezab jalan.
3. Aduan pembaikan utiliti contohnya lampu jalan tidak menyala, paip air syabas pecah, pembentung IWk tidak berfungsi dll
4. Kawalan keselamatan secara sukarela pada malam dan siang hari terpilih
5. Aktiviti untuk remaja. Silat dan kompang (sudah ada di fasa 6)
6. Berhubung dengan pemaju untuk mengadakan perbincangan sekiranya kediaman rumah penduduk rosak dalam tempoh jaminan. Hanya melibatkan kes yang besar. Contohnya rumah penduduk rosak teruk akibat kecuaian dalam pembinaan.
7. Derma kilat untuk membantu penduduk ditimpa malapetaka atau bencana

Menjadi penderma sudah memadai

Kita ini kadangkala terlalu sibuk hinggakan untuk pergi ke surau pun tidak sempat. Tak apa lah jika begini...Tetapi kalau boleh lah, sekurang-kurangnya kita jadi lah penderma jika ada mana-mana pihak yang ingin membangunkan sebuah surau . Bukan banyak pun..berilah sekadar yang termampu.

Hasil mesyuarat hari ini

Kehadiran:
1. Tn Hj Raja Zazman
2. Tn Hj Halim
3. En Azwan
4. En Jamalullail
5. En Zakri-project manager AZ Asia Enterprise

Keputusan/makluman:

1. En Nik , arkitex Lakareqa tidak dapat hadir pagi ini kerana beliau tidak sihat. Beliau memaklumkan engeneering plan akan siap pada hari Isnin ini.
2. Pengerusi memaklumkan beliau telah menghantar permohonan rasmi kepada Lembaga Zakat Selangor untuk memohon peruntukan pembinaan surau As-Syakirin
3. Pengerusi memaklumkan keputusan kelulusan dari MPkj masih belum diperolehi. Tn Hj Razak akan follow up nanti.
4. AJK memohon supaya kontraktor membina jalan masuk dulu dan membuat kerja-kerja asas pertapakan bangunan sementara menunggu kelulusan rasmi daripada MPKj. Kontraktor juga akan membina papan tanda projek. Sebaik kelulusan diterima nombor rujukan akan ditampal pada papan tanda tersebut.
5. En Zakri memaklumkan mesyuarat, kerja-kerja akan dimulakan pada 12 Disember 2009 ini.
6. En Zakri memohon bayaran pendahuluan sebanyak 5% dari kos binaan iaitu RM9500 bagi membolehkan kontraktor memulakan kerja-kerja awal pembinaan.
7. AJK bersetuju mengeluarkan cek bayaran seperti yang diminta pada hari ini juga.

Sulit

Hari ini penulis blog mendengar berita baru. Seorang AJK telah menerima teguran dari penduduk yang bukannya datang dari fasa 6 dan 7 kerana blog ini katanya memaparkan cerita-cerita rahsia yang sifatnya agak sulit.

Hairan penulis blog. Apa yang sulitnya maklumat diblog ini tidaklah penulis blog ketahui. Mengikut aduan diterima, penulis blog tidak sepatutnya memaparkan isu-isu diperbincang dalam mesyuarat AJK.

Entahlah..bagi penulis blog tiada apa yang sulit mengenai maklumat yang tertera di sini.

Barangkali ada penduduk atau penderma tidak mahu nama mereka terpapar di sini. Setakat ini ada seorang dua penderma tidak mahu nama mereka dipaparkan. Bagi kes ini penulis blog telah membetulkan maklumat dari nama penderma kepada "penderma yang tidak ingin dikenali". Jika alamat rumah penderma adalah sulit, penderma boleh memaklumkan bendahari supaya alamat rumah mereka dikecualikan dari dipaparkan dalam blog. Tetapi dalam lejer, bendahari tidak dapat berbuat demikian. Alamat rumah penduduk akan dicatat untuk rekod bendahari.

Bagi penulis blog elok maklumat dalam mesyuarat di sebarkan kepada semua penduduk. Tidak patut hanya AJK sahaja yang tahu. Selain itu penderma-penderma daripada luar komuniti juga inginkan maklumat mengenai kemajuan pembinaan surau ini.

Bagi penyata kewangan, penulis blog pasti inilah satu-satunya blog yang memaparkan penyata akaun pembinaan surau lengkap kepada orang ramai. Tiada apa yang perlu ditutup dari pengetahuan orang ramai. Jika ada surau lain yang melakukannya adalah di luar pengetahuan penulis blog. Malahan jika surau siap nanti penulis blog akan terus memaparkan maklumat kewangan surau di internet tertakluk jika masih dipilih menjadi bendahari.

Tuesday, December 1, 2009

Sumbangan di terima sudah perlahan

Berikut status sumbangan mengisi dana pembinaan surau As-Syakirin:

1. Sumbangan daripada penduduk sudah agak lama tidak diperolehi.
2. Sumbangan daripada komuniti luar juga sudah semakin perlahan.

Barangkali penduduk dan penderma mahu melihat surau ini dibina terlebih dahulu.

Untuk makluman penduduk berikut adalah status semasa proses pembinaan Surau As-Syakirin yang sedang AJK usahakan;

1. Rancangan pembangunan surau As-Syakirin telah disubmit oleh Syarikat Perunding HRC kepada MPKj untuk tujuan kelulusan. Difahamkan kelulusan akan dapat dalam bulan Disember ini. Bila? AJK tidak dapat memastikannya.
2. Pengerusi sudah submit permohonan mendapat peruntukan dari Lembaga Zakat Selangor
3. Kontraktor sudah dilantik iaitu AZ Asia Enterprise.
4. Kontraktor menunggu pelan struktur atau engeneering plan dari arkitex Lakareka untuk mengetahui jenis material bahan binaan.
5. AJK memohon kontraktor supaya memulakan kerja-kerja pembinaan iaitu membina jalan masuk ke tapak pembinaan surau bagi memudahkan lori menghantar bahan binaan sementara menunggu kelulusan daripada MPKj dengan kadar segera tetapi mengikut kontraktor cuaca tidak mengizinkan kerana musim hujan sekarang.
6. Pada hari Sabtu 5 Disember 2009 ini AJK akan bermesyuarat dan kontraktor serta arkitex akan diminta hadir sama bagi membincangkan status semasa tindakan yang sedang dan akan diambil.

Jadi kepada semua penderma yang telah menderma, mohon tuan/puan tidak bimbang kerana kami sedang berusaha ke arah pembinaan surau As-Syakirin.

Kepada semua penduduk AJK masih menunggu sumbangan daripada tuan/puan dan kepada komuniti luar, kami memohon kepada yang sudi supaya terus menghulurkan sumbangan mengisi dana pembinaan Surau As-Syakirin.

Atas sumbangan yang pihak tuan/puan berikan, kami AJK pembinaan Surau As-Syakirin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga.

Bayangkan

Pada setiap hari surau As-Syakirin akan dipenuhi jemaah.Terutama pada waktu malam hari kerana pada ketika ini ramai penduduk berada di rumah. Siang mereka tidak dapat hadir ke surau kerana pergi bekerja mencari nafkah menyara keluarga.

Pada hari Sabtu atau Ahad waktu selepas solat Asar mungkin ada kelas untuk kaum wanita. Membaca Yaasin , kuliah atau yang seumpamanya.

Mungkin juga akan kelas mengaji Al-Quran untuk kanak-kanak.

Kadangkala ada juga penduduk yang ingin membuat kebajikan mengadakan majlis kenduri doa selamat atau tahlil. Sesetengah penduduk lebih selesa membuat majlis tersebut di surau. Mereka akan menghantar jamuan ke surau dan memohon jasabaik jemaah surau untuk menyumpurnakan majlis mereka.

Menjemput ahli jemaah surau ke rumah untuk menghadiri majlis kenduri doa selamat dan tahlil juga menjadi mudah kerana penduduk tidak perlu menjemput dari rumah ke rumah.

Aktiviti-aktiviti seperti di atas adalah suatu kelaziman di mana-mana masjid atau surau di seluruh Malaysia. Tapi buat sementara ini kita tidak dapat melaksanakannya kerana surau yang kita impikan belum siap kerana dana pembinaannya masih belum cukup.

Jadi kepada semua penderma, sumbangan daripada tuan/puan amat kami harapkan bagi menjadikan pembinaan surau As-Syakirin tidak akan berhenti di tengah jalan. Yakni terbengkalai. Dana terkumpul berjumlah RM83,000 pada ketika ini hanya dapat membina surau pada peringkat binaan struktur sahaja.